Pengumuman

80 Sebab Manusia Masuk Neraka

Posted on 16/05/2009. Filed under: 80 Sebab Masuk Neraka, Pengumuman |

80 sebab

Sebaik-baik tempat kembalinya manusia adalah Syurga. Manakala seburuk-buruk tempat kembalinya manusia adalah Neraka. Kedua-dua merupakan teratak kediaman manusia yang kekal abadi. Dalam menyusuri arus kehidupan yang penuh dengan rintangan onak duri, manusia sering alpa dan terjerumus lalu teperangkap dalam pujuk rayu syaitan yang menjurus pada kerosakan dan kebinasaan.

Setiap perlakuan dan amalan kita sentiasa dihitung dan dinilai. Lantaran itu, ada di antara perbuatan-perbuatan tersebut yang mampu menjerumuskan kita ke dalam Neraka. Setiap langkah yang dihayun, setiap pandangan yang terpaku dan setiap anggota yang berperanan, harus sentiasa diawasi pergerakannya.

Semoga ruangan ini dapat dijadikan panduan dalam meniti arus kehidupan dan tidak tersesat hingga tergolong sebagai ahli Neraka, insyaAllah.

Sebab-sebab manusia masuk neraka (klik untuk keterangan):

Bab 1 – Manusia-manusia Kutukan Allah, Rasul dan Para Malaikat.

  1. Orang yang melakukan kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan keluarga.
  2. Penggambar
  3. Menuduh wanita-wanita mukmin yang berkeadaan terpelihara dan tiada berniat curang.
  4. Wanita yang memakai cemara.
  5. Wanita yang meminta memakai cemara.
  6. Sesiapa yang menyembunyikan keterangan dan petunjuk (Panduan) yang diturunkan Allah.
  7. Orang yang menjadikan kubur para Nabi mereka menjadi masjid.
  8. Orang yang membinkan kepada bukan bapanya.
  9. Hamba yang menghubungkan kepada bukan tuannya.
  10. Orang yang menyebabkan halal kahwin.
  11. Orang yang diperhalalkan kahwin.
  12. Orang yang mencaci para sahabat Nabi s.a.w.
  13. Orang yang mengutukkan bapanya.
  14. Orang yang melindungi orang yang merekakan Bid’ah.
  15. Orang yang mengubahkan panduan jalan.
  16. Imam-imam & pemimpin yang tidak adil (zalim) dan yang memungkiri janji.
Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Kisah Ringkas Kehidupan Rasulullah s.a.w.

Posted on 09/05/2009. Filed under: Kisah Ringkas Rasulullah s.a.w., Pengumuman |

Kisah Rasulullah

Bertepatan dengan zaman yang berada dalam keadaan tandus mengenai modul keperibadian dan kepimpinan di dalam lapangan kehidupan manusia, maka amat sesuailah kita menggarap kisah-kisah penting pada riwayat hidup Rasulullah s.a.w.

Apa dan bagaimana seorang Muslim menjalani hidupnya boleh diteroka dan dihayati sirah Rasulullah s.a.w. dalam tulisan yang ringan, mudah dan jelas untuk dihayati bersama.

Kisah-kisah yang terkandung di dalam kategori ini:

  1. Nabi Muhammad S.A.W.
  2. Jibrail Merasmikan Muhammad Sebagai Rasul Allah
  3. Menyinsingnya Fajar Islam
  4. Penghargaan Pada Anak Yang Budiman
  5. Suatu Keajaiban
  6. Mengalahkan Jaguh Gusti Arab
  7. Walau Matahari Di Tangan Kanan …!
Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Laman Forum Jom Santai

Posted on 16/04/2009. Filed under: Pengumuman |

jom-santai

RangeBoy’s Blog secara rasminya telah melancarkan satu laman forum yang dinamakan sebagai Jom Santai. Anda semua hanya perlu register sebagai ahli forum Jom Santai untuk bersama-sama memberikan pandangan dan berforum di sini. Sama-samalah kita memeriahkan Jom Santai. TQ..

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

42 Hadis Tentang Peristiwa Akhir Zaman

Posted on 31/03/2009. Filed under: 42 Hadis Tentang Akhir Zaman, Pengumuman |

Masjid QubaHari Kiamat pasti akan terjadi. Di saat itu, langit akan pecah, gunung ganang akan berterbangan, bumi dan seisinya akan hancur lebur….

Sebelum itu banyak peristiwa yang akan mendahuluinya, sebagai petanda hampir tiba saatnya…. Kemerosotan umat Islam, para ulama berkurangan, ujian berat terhadap iman, kemungkaran berleluasa di tengah-tengah masyarakat, keruntuhan moral… gempa bumi, peperangan demi peperangan…..

Ruangan “Empat Puluh Dua Hadis Tentang Peristiwa Akhir Zaman”, menyebut petanda-petanda kiamat yang sekarang ini telah dan sedang kita rasakan. Bahkan debaran jantung dunia sentiasa akan dikejutkan oleh peristiwa-peristiwa ganjil yang akan terjadi dari masa ke semasa.

Ruangan ini sedikit sebanyak akan membantu pembaca mengenali tanda-tanda golongan yang sesat, supaya ia terselamat dari mereka dan dapat tetap berada di garisan yang haq dan termasuk dalam golongan ¬†yang selamat…

InsyaAllah…

Artikel di dalam kategori ini:

  1. Taqwa dan Perpaduan Asas Keselamatan Di Akhir Zaman
  2. Kenapa Dunia Islam Menjadi Sasaran Pemusnahan
  3. Seluruh Dunia Datang Mengerumuni Dunia Islam
  4. Ilmu Agama Akan Beransur-ansur Hilang
  5. Umat Islam Mengikut Langkah-Langkah Yahudi dan Nasrani
  6. Golongan Anti Hadis
  7. Golongan Yang Sentiasa Menang
  8. Penyakit Umat-umat Dahulu
  9. Islam Kembali Dagang
  10. Bahaya Kemewahan
  11. Rasuah Berleluasa
Read Full Post | Make a Comment ( 4 so far )

MOVIE WORLD

Posted on 22/03/2009. Filed under: Movie World, Pengumuman |

Movie World

Movie World adalah ruangan bagi mereka yang berminat untuk mendownload movie-movie tidak kira dari dalam atau luar negara. Anda boleh buat permintaan untuk movie yang anda tercari-cari, jika ada saya akan uploadkan di ruangan Movie World ini.

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

« Entri-entri Sebelumnya

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...