Pengetahuan Islam

Kelebihan Bulan Ramadhan

Posted on 03/08/2012. Filed under: Pengetahuan Islam | Tag:, , |

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka, lalu diikatkan semua syaitan”.

Nabi bersabda, “Solat lima waktu ,Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan, adalah penghapus dosa-dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika dijauhi dosa-dosa besar”. [HR Muslim no:233]

Nabi s.a.w. bersabda, “Sesiapa sempat bertemu bulan Ramadhan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauhlah dia dengan Allah”. [HR Ibn Hibban]

Nabi s.a.w. bersabda, “Telah datang kepadamu Ramadhan, bulan berkah, Allah mewajibkan kamu berpuasa, pada bulan ini pintu-pintu syurga dan pintu-pintu neraka ditutup, syaitan diikat dan di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan”. [HR Imam Ahmad dan Imam Nasa’i]

Nabi s.a.w. bersabda, “Apabila tiba bulan Ramadhan maka dibuka pintu-pintu rahmat”. [HR Muslim]

Nabi s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh Allah”. [HR Bukhari]

Nabi s.a.w. bersabda, “Apabila datang bulan Ramadhan, kerjakanlah umrah kerana sesungguhnya umrah pada bulan Ramadhan adalah menyamai haji”. [HR Bukhari]

Firman Allah, “Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran ini pada malam Al-Qadar. Apakah yang kebesaran yang terdapat pada malam Al-Qadar? Malam Al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara yang ditakdirkan berlaku pada tahun berikutnya. Sejahteralah malam itu hingga terbit fajar”. [Surah Al-Qadr:1-5]

Nabi s.a.w. bersabda, “Sesiapa bersolat pada malam Ramadhan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran daripada Allah, akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu”. [HR Muslim]

Advertisements
Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Pengertian, Syarat dan Rukun Puasa

Posted on 02/08/2012. Filed under: Pengetahuan Islam |

Nabi bersabda: “Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan, adalah penghapus dosa-dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika dijauhi dosa-dosa besar”. [HR Muslim no:233)

 

Apa itu Puasa?

 

Puasa ialah menahan diri dari makan dan minum serta melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari.

 

Hukum Puasa.

 

Hukum puasa terbahagi kepada tiga iaitu:

 

Wajib – Puasa pada bulan Ramadhan.

Sunat – Puasa pada hari-hari tertentu.

Haram – Puasa pada hari-hari yang dilarang berpuasa.

 

Syarat Wajib Berpuasa.

 

Beragama Islam dan telah baligh (telah mencapai umur dewasa), berakal, berupaya melakukannya, sihat dan tidak musafir.

 

Rukun puasa ada tiga (dari website JAIS):

 

  1. Orang yang berpuasa
  2. Niat
  3. Menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa.

 

Keterangan-keterangan mengenai niat berpuasa (dari website JAIS):

 

  1. Wajib ditakyinkan (ditentukan) jenis puasa fardu seperti Ramadhan, Nazar, Kifarah dan sebagainya.
  2. Wajib dilakukan pada waktu malam bagi puasa wajib. Ada pun puasa sunat boleh diniatkan pada siang hari dengan dua syarat. Pertama, masanya sebelum tergelincir matahari. Kedua, belum melakukan sesuatu yang membatalkan puasa.
  3. Menurut Imam Syafie wajib niat puasa pada tiap-tiap malam. Imam Hambali pula berpendapat, boleh niat puasa sekali niat pada awal Ramadhan (malam pertama).

 

Syarat Sah Berpuasa

 

Beragama Islam,berakal, tidak dalam haid,nifas dan wiladah (melahirkan anak) bagi kaum wanita hari yang sah berpuasa.

 

Sunat Berpuasa

 

Bersahur walaupun sedikit makanan atau minuman, melambatkan bersahur, meninggalkan perkataan atau perbuatan keji, segera berbuka setelah masuk waktu berbuka, mendahulukan berbuka dari sembahyang Maghrib, berbuka dengan buah tamar jika tidak ada dengan air, membaca doa berbuka puasa.

 

Perkara Makruh Ketika Berpuasa

 

Selalu berkumur-kumur, merasa makanan dengan lidah, berbekam kecuali perlu mengulum sesuatu.

 

Hal Yang Membatalkan Puasa

 

Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan, muntah dengan sengaja, bersetubuh atau mengeluarkan air mani dengan sengaja, kedatangan haid atau nifas, melahirkan anak atau keguguran, gila walaupun sekejap, mabuk ataupun pengsan sepanjang hari, murtad atau keluar daripada agama Islam.

 

Hari Yang Disunatkan Puasa

 

Hari isnin dan khamis, hari putih ( setiap 13,14 dan 15 hari dalam bulan Islam), hari Arafah (9 Zulhijjah) bagi yang tidak mengerjakan haji dan enam hari dalam bulan Syawal.

 

Hari Yang Diharamkan Berpuasa

Hari Raya Aidilfitri (1 Syawal), Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah), Hari Syak (29 Syaaban) dan Hari Tasrik (11,12 dan 13 Zulhijjah).

Read Full Post | Make a Comment ( 1 so far )

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...