Matawang Malaysia

Wang Kertas Siri Baharu Malaysia

Posted on 28/12/2011. Filed under: Koleksi Rangeboy, Matawang Malaysia |

Keunikan Malaysia

Wang Kertas Malaysia Siri Baharu

Ciri-ciri unik yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi negara menjadi sumber inspirasi dalam reka bentuk wang kertas Malaysia siri terbaharu ini. Dengan tema ‘Keunikan Malaysia’, siri keempat wang kertas Malaysia ini memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraf tangan, keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi.

Ciri-ciri Am

Pada bahagian hadapan semua denominasi wang kertas, telah dikekalkan potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad, bunga kebangsaan iaitu bunga raya Rosa-sinensis (dikenali sebagai Bunga Raya dalam kalangan penduduk tempatan) dan corak songket kain tenunan tradisional.

Bahagian belakang setiap denominasi wang kertas memaparkan ciri-ciri alam semula jadi, tradisi, budaya, flora, fauna dan ekonomi yang khusus bagi Malaysia.

Wang Polimer RM1

Saiz: 120mm X 65mm

Sukan Tradisional

Permainan wau merupakan sukan tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Permainan wau juga secara tradisinya merupakan suatu acara untuk meraikan hasil tuaian yang baik yang merapatkan masyarakat tempatan negeri-negeri tersebut.

Wau Bulan adalah antara wau Malaysia yang terkenal dan paling ikonik, dan dipaparkan pada wang polimer RM1 baharu.

Wau Bulan buatan tangan, yang diperbuat daripada buluh dan kertas, juga menjadi barang hiasan popular yang menghiasi rumah-rumah di Malaysia.

Wang Polimer RM5

Hidupan Liar

Burung Enggang Badak (Buceros rhinoceros), iaitu salah satu spesies burung enggang terbesar dan paling mengagumkan di dunia, dipaparkan pada wang kertas polimer RM5 baharu.

Burung hutan yang menarik, bersayap lebar dan berekor panjang yang boleh ditemui dalam kelompok kecil di hutan hujan di seluruh negara ini memainkan peranan penting dalam budaya dan upacara tradisional negeri Sarawak yang turut dikenali sebagai ‘Bumi Kenyalang’.

Burung enggang juga melambangkan simbol kekuatan dan keberanian bagi masyarakat asli Sarawak.

 

Wang kertas RM10

Flora

Hutan tropika Malaysia yang tumbuh subur, iaitu salah satu hutan hujan tertua di dunia, mempunyai berjenis-jenis pokok berbunga dan antara yang paling ikonik ialah bunga yang terbesar di dunia iaitu Rafflesia.

Spesies Rafflesia Azlanii yang dipaparkan pada wang kertas RM10 baharu ini merupakan spesies asli Semenanjung Malaysia dan mula-mula sekali ditemui di Hutan Simpan Royal Belum di negeri Perak pada tahun 2003.

Bagi memperingati penemuan ini, bunga yang mengagumkan ini dinamakan sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.

 

Wang kertas RM20

 

Hidupan Laut

Dua spesies penyu terkenal dan hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu Belimbing (Dermochelys coriacea), yang juga merupakan lambang hidupan laut yang pelbagai dan berwarna-warni di perairan tropika kita, dipaparkan pada wang kertas RM20 baharu.

Penyu Karah mudah dikenali melalui muncungnya yang melengkung dan kulitnya yang bersisik manakala Penyu Belimbing pula mempunyai kulit yang keras dan tujuh jaluran pada cangkerangnya.

Kewujudan penyu-penyu ini memberi peringatan bahawa kehidupan mereka bergantung pada imbangan aktiviti manusia dan pemuliharaan hidupan laut yang perlu dikendalikan dengan bijaksana.

 

Wang kertas RM50

Pertanian dan Teknologi

Kelapa sawit dan bioteknologi dipaparkan pada wang kertas RM50 sebagai ikon ekonomi Malaysia yang berkembang maju. Kelapa sawit telah menjadi tanaman pertanian negara yang paling utama dari segi ekonomi kerana Malaysia merupakan salah satu pengeluar dan pengeksport terbesar kelapa sawit di dunia.

Bioteknologi terus meningkatkan kedudukan komoditi ini dalam rantaian nilai, menyokong transformasi ekonomi negara ke arah aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dalam sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan.

Minyak sawit mentah juga digunakan sebagai komoditi dasar bagi memudahkan pembiayaan secara Islam.

 

Wang kertas RM100

Keajaiban Alam Semula Jadi

Dua keajaiban alam semula jadi terkemuka negara yang diisytiharkan sebagai ‘Tapak Warisan Dunia’ oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dipaparkan pada wang kertas RM100.

Keajaiban alam semula jadi yang mengagumkan ini ialah Taman Kinabalu di Sabah, dengan Gunung Kinabalu yang hebat dan agung (iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara) dan pembentukan batu mercu batu kapur yang menakjubkan di lembah Gunung Api, yang ditemui di Taman Negara Mulu di Sarawak.

Kedua-duanya adalah antara keajaiban alam semula jadi di Malaysia yang memberi pengunjungnya satu pengalaman yang unik.

Read Full Post | Make a Comment ( 1 so far )

RM10 Siri Pertama (SA-PULOH)

Posted on 29/12/2010. Filed under: Matawang Malaysia |

Ini merupakan duit dengan nilai muka RM10 yang pertama kali dikeluarkan oleh BNM pada tahun 1967-1972. Ditandatangan oleh Gabenor BNM Tun Ismail Bin Mohd Ali. Rekabentuknya sangat menarik dan lebih besar dari duit RM10 yang ada sekarang, ukuran duit ini adalah 133mm X 80mm. Dicetak oleh Thomas De La Rue. Prefix pertama adalah A/1 dan yang terakhir adalah B/84. Duit replacement bagi duit ini adalah prefix Z/1, ianya amat sukar untuk diperolehi.

Anggaran harga: RM130 – RM650

Replacement: RM2000 – RM9000

Read Full Post | Make a Comment ( 10 so far )

RM1 Edisi Pertama

Posted on 23/08/2010. Filed under: Koleksi Rangeboy, Matawang Malaysia |

Pandangan depan dan belakang.

Ini adalah duit RM1 Siri pertama keluaran Bank Negara Malaysia, ianya agak sukar didapati jika dibandingkan dengan siri yang lain.

Nilai tertera: RM 1

Siri: Pertama

Gabenor: Tun Ismail bin Mohamed Ali

Cetakan: Bradbury, Wilkinson & Co Lo New Malden, Surrey, England.

Nilai Semasa: RM50 – RM300

 

Di sini saya ingin menunjukkan, bagaimana hendak mengenal pasti duit RM1 siri pertama ini. Setiap siri memang ada bezanya walaupun sekali pandang macam sama. Ini adalah panduan mengenal duit RM1 siri pertama:

Ini adalah perbezaan paling utama bagi siri pertama dengan siri-siri yang seterusnya. Ejaan yang digunakan merupakan ejaan lama. DI-PERLAKUKAN digunakan pada semua jenis matawang kertas siri pertama, mula menggunakan DIPERLAKUKAN pada matawang siri ke 2.

Simbol $1 yang terdapat pada sudut bawah sebelah kiri duit ini hanya ada pada siri pertama dan kedua.

 

Ditandatangani oleh Tun Ismail Bin Md. Ali

Menggunakan perkataandan ejaan GABENOR dan digantikan ejaan GABENUR pada siri 2, 3 dan 4. Pada siri ke 5, ejaan GABENOR digunakan semula.

Read Full Post | Make a Comment ( 2 so far )

½ Cent Malaya Straits Settlements KGVe 1932

Posted on 16/08/2010. Filed under: Koleksi Rangeboy, Matawang Malaysia |

Pandangan depan dan belakang.

Ini adalah duit yang nilai terteranya adalah ½ Cent. Ianya pernah diguna pakai di negara kita yang ketika itu masih lagi bernama Malaya. Sekarang duit ini amat sukar untuk diperolehi. Nilai semasa duit ini dianggarkan bernilai RM50 – RM150.

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

1 Keping Duit Syiling Tanah Melayu

Posted on 15/08/2010. Filed under: For Sale, Koleksi Rangeboy, Matawang Malaysia |

Pandangan depan dan belakang.

Ini merupakan koleksi saya yang usianya paling lama setakat ini. Ianya dikeluarkan pada tahun 1247 Hijrah, ini bermakna sudah 200 tahun usianya. Ianya sudah tidak seberapa baik dan banyak tulisannya tidak nampak. Saya masih berusaha mencari yang kualitinya lebih baik.

Duit ini juga dipanggil duit ayam kerana ada gambar ayam jantan padanya. Ianya pernah digunakan di Singapura dan Melaka sebagai matawang perdagangan. Ianya sukar didapati di negara kita kerana kebanyakan duit ini telah dibawa keluar oleh rakyat asing ketika dahulu.

Berikut adalah maklumat mengenai duit ini:

Nilai tertera: 1 Keping

Berat: 1.49 -1.68 gram

Diameter: 21mm

Bahan: Tembaga

Pengeluaran: 4,286,778 Keping

Catakan: Soho Mint, Birmingham.

Nilai Semasa: RM35 – RM250

Read Full Post | Make a Comment ( 2 so far )

« Entri-entri Sebelumnya

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...