Fakta Sejarah

Mueeza.. Kucing Kesayangan Nabi Muhammad s.a.w.

Posted on 02/05/2012. Filed under: Fakta Sejarah, Kisah Ringkas Rasulullah s.a.w. | Tag: |

 

Tahukah Anda bahawa Nabi Muhammad SAW sendiri memiliki kucing peliharaan. Kucing Nabi Muhammad bernama Mueeza.

Setiap Nabi menerima tamu di rumah, baginda selalu mengendong Mueeza dan ditaruh di atas pahanya. Salah satu sifat Mueeza yang paling Nabi sukai ialah: Mueeza selalu mengeong ketika mendengar adzan, seolah-olah ngiaunya seperti mengikuti lantunan suara adzan.

Nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan layaknya menyanyangi keluarga sendiri.

Pernah suatu kali Nabi hendak mengambil jubahnya, ternyata Muezza sedang tidur di atasnya.. Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya supaya tidak membangunkan Muezza.

Ketika Nabi pulang ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk kepada majikannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan kucing itu. Nabi menekankan bahwa kucing itu tidak najis.Bahkan diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing karena dianggap suci.

Abu Qatadah berkata bahwa Nabi SAW pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),” [HR At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Salallahu ‘alaihi wasallam pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah.Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.”Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana.

Namun, seekor kucing datang dan menjilat bejana (bekas minum). Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu.

Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya.

Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan shalat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut.Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, ‘Aisyah ra. lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya.

Rasulullah SAW bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].

Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad, dan imam hadis yang lain. Oleh karena itu, kucing adalah binatang, yang badan, keringat, bekas dari sisa makanannya suci.

Erm, demikian kisah tentang kucing Nabi Muhammad SAW Mueeza. Semoga dengan menghayati kisah di atas, kita akan ketahui betapa kasih sayangnya Rasulullah terhadap haiwan.

Sekian

Advertisements
Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Bertukarnya Arah Kiblat Umat Islam

Posted on 25/04/2012. Filed under: Fakta Sejarah | Tag:, |

 

ALLAH berfirman yang bermaksud:

“Orang yang bodoh itu akan berkata: Apakah yang menyebabkan orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka hadapi selama ini? Katakanlah (wahai Muhammad): Timur dan Barat itu kepunyaan Allah (maka ke mana saja diarahkan Allah untuk menghadap, maka wajiblah dipatuhi). Allah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus.”
(Surah al-Baqarah, ayat 142)

Antara peristiwa penting dan bersejarah yang berlaku kepada diri Rasulullah SAW serta Muslimin pada Syaaban ialah peristiwa perubahan arah kiblat daripada menghadap Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis ke arah Masjidil Haram (Kaabah) di Makkah.

Kisah perubahan kiblat terjadi pada tahun kedua Hijrah. Rasulullah SAW telah  menunaikan solat menghadap ke Baitulmaqdis selama 16 atau 17 bulan. Akan tetapi, baginda ingin menghadap ke arah Kaabah sebagai kiblatnya. Setelah diperintahkan Allah untuk berpaling ke Kaabah, solat pertama yang dilakukan Baginda ialah solat Asar diikuti beberapa orang sahabat. Sesudah itu, seorang sahabat keluar dari masjid itu dan melihat dalam masjid orang sedang rukuk dan masih menghadap Baitulmaqdis.

Maka dia berseru: “Demi Allah, aku bersaksi bahawa aku bersolat bersama Nabi Muhammad SAW menghadap ke Kaabah di Makkah. Kemudian orang yang bersolat itu terus berpusing menghadap ke Kaabah dalam solat itu juga.” (Hadis riwayat Bukhari)

Ibnu Sa‘ad di dalam kitab al-Tabaqat meriwayatkan bahawa Rasulullah sedang melawat Ummu Bisyr bin al-Barra’ bin Mabrur di kawasan Bani Salamah. Beliau menyediakan jamuan untuk Rasulullah SAW dan sahabatnya. Apabila tiba waktu solat Zuhur, Baginda bersolat di masjid perkampungan itu. Sedang Baginda berada dalam rakaat kedua solatnya, turun wahyu daripada Allah memerintahkannya menukar arah dari Masjidil Aqsa ke arah Kaabah di Masjidil Haram.

Baginda terus berpaling menghadap ke arah Kaabah ke sudut bertentangan dengan mizab (saluran emas) dengan pusingan 180 darjah dan terus menyambung baki solatnya. Oleh itu masjid berkenaan dinamakan Masjid Qiblatain yang masih ada di Madinah dan menjadi salah satu tempat lawatan jemaah yang mengerjakan umrah mahu pun haji.

Perubahan arah kiblat adalah satu tamparan cukup hebat kepada kaum Yahudi yang selama ini begitu berbangga dengan kiblat mereka iaitu Baitulmaqdis sehingga mereka mencemuh dan mengejek umat Islam kerana terpaksa bergantung walaupun dalam menentukan arah solat pada ketika itu.

Malah, kewajipan bersolat menghadap kiblat adalah satu perintah dan ketetapan daripada Allah dan sesiapa saja tidak boleh mempersoalkan mengapa perlu menghadap Kaabah apabila melakukan solat. Inilah sebenarnya konsep ketaatan dan kepatuhan yang mutlak hanya kepada Allah saja dalam apa juga keadaan dan tidak boleh disamakan dengan ketaatan kepada makhluk.

Berkaitan Kaabah, Rasulullah pernah bersabda: “Kaabah itu kiblat bagi orang yang di dalam masjid, dan masjid itu bagi orang yang di Tanah Haram (Makkah), dan Haram (Makkah) itu kiblat bagi penduduk bumi dari barat hingga ke timur daripada umatku.” (Hadis riwayat Al-Qurthubi)

Kemuncak daripada peristiwa ini ialah ia melambangkan kebenaran daripada Allah untuk kembali berkiblatkan Kaabah, sekali gus ia contoh doa Rasulullah yang dikabulkan Allah kerana Rasulullah sudah lama mengangkat tangannya berdoa dan memandang ke langit meminta pertukaran kiblat ke Kaabah. Permintaan Rasulullah SAW telah diperkenankan Allah pada bulan Syaaban.

Selanjutnya, sebahagian kaum Muslimin berkata: “Kami ingin mengetahui mengenai orang yang telah meninggal dunia sebelum pemindahan kiblat (dari Baitulmaqdis ke Kaabah). Bagaimana juga dengan ibadah solat kami sebelum ini ketika kami masih menghadap Baitulmaqdis.

Maka turunlah ayat 143 surah al-Baqarah yang menegaskan bahawa Allah tidak akan mensia-siakan iman mereka yang beribadah menurut ketentuan ketika itu.

Firman Allah yang bermaksud:

“Dan demikianlah Kami jadikan kamu (umat Muhammad) sebagai satu umat pilihan dan pertengahan, supaya kamu menjadi pemberi keterangan (saksi) kepada umat manusia (kebenaran dan kebatilan), dan Rasulullah akan menjadi saksi kebenaran kamu. Dan Kami jadikan kiblat yang dulu itu hanyalah sebagai ujian untuk mengetahui siapakah yang benar-benar mengikut Rasul dan siapa pula yang berpaling tadah. Dan sesungguhnya (peralihan arah kiblat) itu sangat berat kecuali kepada orang yang telah diberikan petunjuk oleh Allah. Dan Allah tidak akan mensia-siakan dan menghilangkan keimanan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengasihani dan Merahmati orang yang beriman.” (Surah al-Baqarah, ayat 143)

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Surat Cinta Berusia 4200 Tahun.

Posted on 22/03/2010. Filed under: Fakta Pelik Dan Aneh, Fakta Sejarah |

Surat cinta tertua di dunia yang dijumpai di lembah Niffer, 150 batu dari Baghdad, Iraq. Ia dikatakan ditulis pada sekitar tahun 2200SM. Penemuan ini berdasarkan kajian arkeologi oleh Noah Kramer Profesor dari Philadelphia University pada tahun 1889. Pada awalnya ada kira-kira 70 ribu artifak yang berbahasa Sumeria yang tidak dapat diterjemahkan maksudnya. 58 tahun kemudian, dua orang ahli dalam bahasa Sumeria berjaya menterjemahkan maksud yang terkandung di artifak itu. Artifak tersebut kelihatan seperti kepingan batu yang terukir. Jika melihatnya, memang tidak dapat kita membacanya.

Surat dalam bentuk artifak itu ditulis oleh seorang pendita tinggi (High Priest) bangsa Sumeria bernama Inanna yang ditujukan kepada seorang Raja yang merupakan bakal suaminya. Sudah menjadi tradisi masyarakat Sumeria, si isteri akan menulis puisi cinta kepada suaminya di malam perkahwinannya.

Ini adalah terjemahan yang telah dilakukan oleh ahli bahasa Sumeria tersebut:

Bridegroom, dear to my heart,
Goodly is your beauty, honeysweet,
Lion, dear to my heart,
Goodly is your beauty, honeysweet.
You have captivated me,
Let me stand tremblingly before you.
Bridegroom, I would be taken by you to the bedchamber,
You have captivated me,
Let me stand tremblingly before you.
Lion, I would be taken by you to the bedchamber.
Bridegroom, let me caress you,
My precious caress is more savory than honey,
In the bedchamber, honey-filled,
Let me enjoy your goodly beauty,
Lion, let me caress you,
My precious caress is more savory than honey.
Bridegroom, you have taken your pleasure of me,
Tell my mother, she will give you delicacies,
My father, he will give you gifts.
Your spirit, I know where to cheer your spirit,
Bridegroom, sleep in our house until dawn,
Your heart, I know where to gladden your heart,
Lion, sleep in our house until dawn.
You, because you love me,
Give me pray of your caresses,
My lord god, my lord protector,
My Shu-Sin, who gladdens Enlil’s heart,
Give my pray of your caresses.
Your place goodly as honey, pray lay your hand on it,
Bring your hand over like a gishban-garment,
Cup your hand over it like a gishban-sikin-garment.

Read Full Post | Make a Comment ( 1 so far )

Adolf Hitler

Posted on 15/11/2009. Filed under: Fakta Sejarah |

adolf_hitler

Adolf Hitler telah dilahirkan di sebuah rumah tumpangan “Braunau am” di Austria dan merupakan dari berketurunan Jerman. Ayah Adolf Hitler merupakan seorang pegawai kastam sementara ibunya pula sangat memanjakannya. Hitler tidak begitu cermelang dari segi pelajaran dan tidak begitu menggemari bandar Vienna tempat dia dilahirkan. Hitler sebaliknya lebih mengemari bandar Munich, tempat dia tinggal semenjak 1912. Hitler mempunyai sikap suka termenung, tidak ramah dan mudah mengikut perasaan. Sifatnya ini mungkin terbentuk akibat kekecewaan ketika Hitler menjadi seorang artis di Vienna.

Apabila peperangan Dunia Pertama  meletus, Hitler turut serta sebagai penghantar perutusan dalam pasukan Infantari Regimen Bavaria ke 16. Hitler turut terbabit dalam 48 pertempuran dan pernah tercedera dan juga terkena gas beracun. Ketika perletakan senjata ‘Armistice’ ditandatangani pada 11 November 1918, Hitler sedang dirawat di hospital. Ketika itu Hitler memangku jawatan sebagai lance-koperal.

Hitler pernah menjadi seorang pegawai penyiasat tentera di Munich dan terlibat dengan penyiasatan tentang aktiviti Parti Pekerja German. Di situ Hitler mula berkecimpung dalam politik secara tidak langsung. Hitler kemudiannya berkecimpung secara langsung dalam politik dan menjadi pengerusi kepada Parti Pekerja German pada bulan Julai 1921. Hitler kemudiannya menukar nama Parti Pekerja German kepada Nationalist Socialist German Workers Party (NSDAP) ataupun parti Nazi. Perlahan-lahan parti Nazi terbentuk dengan logo swastika, membentuk pasukan penguatkuasa yang dikenali sebagai ‘Storm Troopers’ dan anti Yahudi. Hitler mengecam secara mutlak Perjanjian Perdamaian Versailles dan mereka yang terlibat dengannya. Pada bulan November 1923, Hitler melancarkan ‘putsch’ percubaan rampasan kuasa di Munich tetapi gagal. Akibat dari itu, Hitler telah dipenjarakan di penjara Landesburg dan apabila dia keluar, Hitler menjadi lebih arif dalam selok belok politik. Hitler masih mengamalkan taktik kekerasan tetapi pada masa yang sama Hitler menjalin hubungan erat dengan pihak konservatif yang ingin menggunakannya sebagai alat menentang ancaman komunis.

Hitler kemudiannya menggunakan kebolehan berpidatonya untuk menjadi ketua parti, dan menukar nama parti kepada parti Nazi ‘National Socialist German Labour Party’. Hitler membentuk dasar anti yahudi, anti demokrasi dan kepercayaan kepada kuasa mutlak. Hitler menjalankan dasar memberi sedikit keistimewaan kepada mereka yang menyokong, mengancam mereka yang menentang dan propaganda bersifat patriotik kepada orang awam.

Hanya pada tahun 1929 parti Nazi memenangi majoriti dalam pengundian bandar Coburg, dan kemudiannya memenangi pengundian daerah Thuringia. Bagaimanapun semenjak 1928, Nazi memenangi daerah demi daerah secara berterusan. Dalam pengundian parlimen Reichstag 1928, parti Nazi memenangi 809,000 undian. Pada tahun 1930, parti Nazi memenangi 6,401,016 undi untuk perwakilan Nazi, sementara tahun 1932 sebanyak 13,732,779. Walaupun tidak mendapat majoriti, ini merupakan bukti keberkesanan pengaruh Hitler. Selain itu, sokongan kepada Hitler disebabkan banyak perkara lain termasuk kemelesetan ekonomi yang tenat akibat pembayaran pampasan perang, penghinaan oleh Perjanjian Perdamaian Versailles, dan keinginan oleh rakyat Jerman untuk mempunyai seorang pemimpin yang dapat membawa mereka mencapai kembali kegemilangan yang lampau.

Ekonomi Jerman yang musnah akibat inflasi 1929 – 1934 dan kadar pengangguran sehingga 7,000,000 menyebabkan seluruh industri berhadapan dengan kegagalan dan menjadi muflis. Sepanjang 1930 dan sehingga 30 Januari 1933, undian parti Nazi meningkat secara berterusan dan Presiden Paul von Hindenburg akhirnya melantik Hitler sebagai Perdana Menteri ‘Chancellor’.  Hitler menggunakan kedudukannya sebagai Chancellor untuk menghapuskan penentang-penentangnya. Pada malam yang dikenali sebagai Malam Pisau Panjang “The Night of the Long Knives”, Hitler membunuh semua penentangnya dalam parti Nazi. Hitler juga menyalahkan Komunis dan Yahudi atas kelembapan ekonomi dan berjaya meraih sokongan angkatan tentera dengan melaksanakan polisi melengkapkan peralatan senjata Jerman.

Dia menyelesaikan pengangguran dengan melancarkan projek pembangunan umum dan perlengkapan senjata yang pesat, termasuk pembentukan tentera tetap baru yang besar. Dia menubuhkan Jabatan Buruh Negara Jerman ‘German Labour Corps’ dan memaksa musuh politik, Yahudi, Komunis, dan Sosialis untuk bekerja keras di pusat tahanan sehingga mati. Hitler berjaya mengobarkan semangat rakyat Jerman yang selama ini muram akibat kalah perang. Hitler kini mendapat sokongan penuh semangat oleh kebanyakan rakyat Jerman. Di bawah pemerintahan diktaktor Hitler dan parti Nazi, rakyat Jerman bersatu. Hitler membakar semangat rakyat Jerman dengan pencapaian hebatnya. Parti Nazi terus menerima sokongan umum walaupun Komunis menolak dakwaan parti Nazi bahawa ia merupakan parti yang mementingkan orang ramai ‘sosialis’. Parti Nazi telah membina lebuhraya sepanjang 1,500 batu, menjanjikan rancangan kereta murah untuk rakyat, kemudahan untuk pekerja, termasuk rancangan pembangunan bandar Jerman yang hebat. Setelah mengalami masalah pengangguran dan kesempitan ekonomi, pencapaian dan janji Hitler menyebabkan rakyat biasa Jerman menjadi bangga dan menguatkan lagi sokongan kepada Hitler.

Polisi negara asing Hitler memukau rakyat Jerman dan negara asing. Dengan mempamirkan kekuatan ketenteraan Jerman, Hitler merampas daerah Saar, Rhineland, Austria and Sudetenland and Memel. Hitler berazam untuk mendirikan Reich Ketiga ‘Persekutuan Ketiga’ seperti yang pernah didirikan oleh Reich Pertama Empire Roman Suci 962 – 1806, Reich Kedua 1817 – 1918. Dengan itu, dalam satu perjumpaan 29 September 1938 di Fuhrerhaus, Munich, Jerman, dengan Perdana Menteri Neville Chamberlain dari Great Britain; Premier Edouard Daladier dari France; and Diktator Benito Mussolini dari Italy, Hitler memansuhkan Perjanjian Versailles.

Hitler kemudiannya menakluk Austria dan pada musim panas dan awal musim luruh Hitler bertindak mengancam Czechoslovakia, memaksa Czechoslovakia untuk menyerah tanpa pertumpahan darah dan menjadikan bekas presiden Czechoslovakia, Eduoard Bones sebagai orangan buangan daripada negara yang pernah dibentuk olehnya sendiri. Czechoslovakia menjadi negara yang tunduk kepada Jerman. Hitler berjaya berbuat sesuka hatinya di Eropah Barat disebabkan oleh keakuran British dan kemudiannya Perancis untuk memenuhi keinginannya dengan harapan Hitler akan berhenti setelah mencapai segala maksudnya. Ini disebabkan pihak British dan Perancis sudah serik dengan peperangan Dunia Pertama dan ingin mengelakkan peperangan sekali lagi. Pada akhir 1938, ternyata polisi keamanan dengan maruah “peace with honor” yang diamalkan oleh Perdana Menteri Neville Chamberlain dari Great Britain gagal. Ramai rakyat British, diketuai oleh Churchill mempersoal dan memberi amaran akibat buruk tentang polisi memuaskan hati Hitler. Di kalangan rakyat Perancis juga timbul perasaan bahawa Premier Edouard Daladier telah menjadikan Perancis sebagai kuasa kelas kedua dengan hanya menandatangani perjanjian Munich.

Adolf Hitler mengancam seluruh Eropah dengan kekuatan ketenteraan Jerman dan pada akhir tahun 1938, Hitler telah menguasai tambahan 10,500,000 orang (7,000,000 Austrian, 3,500,000 Sudeten) di bawah pemerintahannya, menjadikannya sebagai pemerintah mutlak yang paling merbahaya diseluruh dunia pada masa itu. Pengaruh Hitler melampaui sempadan Jerman dan negara-negara jiran yang kecil seperti Denmark, Norway, Czechoslovakia, Lithuania, Negara-negara Balkan, Luxembourg, Belanda ‘Netherland’ bimbang untuk membantah perbuatannya. Parti Nazi terlibat terang-terangan di Sepanyol, memulakan pemberontakan di Brazil, dan membantu kebangkitan di Romania, Hungary, Poland dan Lithuania. Aktiviti Hitler mendapat tentangan hebat oleh pencinta kebebasan dan parti Nazi mendapati ianya merbahaya kepada keselamatan mereka. Menteri propoganda Hitler, Paul Joseph Goebbels  melancarkan peperangan terhadap kebebasan bersuara dengan menuduh mereka sebagai komunis dan melancarkan propaganda hancurkan komunis “Down with Communism!”. Pendidikan di Jerman hanyalah pelajaran wajib tentang parti Nazi. Kesemua tekanan ini menjadikan semakin ramai yang tidak tahan dengan tindak-tanduk Nazi bertindak meninggalkan Jerman. Mereka termasuk puak Yahudi, liberal, konservatif, Khatolik, dan Protestan. Jerman menjadi negara ketenteraan di mana kanak-kanak belajar melontar bom tangan, wanita dianggap hanya sebagai alat untuk beranak.

Pada permulaan kebangkitan Hitler menjadi Chancellor, dia mendapat sokongan dari kapitalis Jerman dan ahli perniagaan menyokong parti Nazi sebagai satu cara menyelamatkan perniagaan mereka yang tenat. Tetapi apabila mereka berjaya mereka mendapati kepercayaan Nazi bahawa individual kepunyaan negara mula dikenakan kepada perniagaan. Sesetengah perniagaan dirampas sementara yang lain dikenakan cukai modal dan keuntungan dikawal dengan tegas. Untuk memberi gambaran jelas tentang kawalan kerajaan keatas perindustrian Jerman pada tahun 1938, dianggarkan 80% daripada semua bangunan dan 50% dari permintaan industri di Jerman datangnya daripada kerajaan.

Apabila Jerman menguasai Austria, ia terpaksa menampung pertambahan penduduk seramai 7,000,000 orang dan apabila Jerman menguasai Sudeten yang berada di sempadan Jermany dan Czechoslovakia, terdapat tambahan 3,500,000 orang perlu dijaga. Jerman tertekan untuk membekalkan makanan dan duit, oleh itu regim Nazi merampas tanah ladang dan melaksanakan pertanian kongsi menyerupai yang dilaksanakan oleh parti komunis Russia. Pada akhir 1938 terdapat banyak tanda bahawa ekonomi Nazi berasaskan sistem barter, kawalan pertukaran asing, taraf hidup yang lebih rendah, dan berdikari sepenuhnya telah menemui gagal. Hitler cuba mengalih perhatian rakyat Jerman daripada masalah tersebut dengan menyuruh menteri propagandanya Paul Joseph Goebbels untuk menyerang musuh yang sebenar atau khayalan. Sungguhpun begitu, dalam tempoh lima tahun, Hitler berjaya meningkatkan Jerman sebagai salah satu kuasa besar ketenteraan dunia. Ini termasuk membina senjata moden seperti angkatan kereta kebal, angkatan kapal selam, konsep serangan kilat (blitzkrieg), dan pakatan ketenteraan dengan Jepun dan Turki.

Pada September 1939, Hitler menyerang Poland dengan serangan taktik blitzkrieg (serangan darat, udara yang melampau dan mengejut) mencapai kejayaan yang memeranjatkan musuh dan generalnya sendiri. Serangan terhadap Poland bagaimanapun menyebabkan musuh-musuhnya kini bertindak balas dan pihak British dan Perancis mengumumkan perang terhadap Jerman. Kejayaan awal Hitler menjadikannya terlalu yakin dan mengambil alih pemerintahan tentera Jerman pada Disember 1941. Hitler mengganggu cara para jeneralnya merancang peperangan dan terlalu mempercayai kepada keberkesanaan senjata sulit, dan kepada ramalan kaji bintang. Setelah lama berperang dan setelah mengalami kekalahan di setiap medan pertempuran, Hitler menyedari bahawa kekalahan sudah tidak dapat dielakkan. Hitler kemudiannya mengahwini wanita simpanannya Eve, dan kemudiannya membunuh diri bersama-sama pada 30 April 1945. Mayatnya dibakar untuk mengelak daripada jatuh ke tangan musuh.

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Plaza Berusia 5500 Tahun Yang Ditemui.

Posted on 01/06/2009. Filed under: Fakta Sejarah |

sechin_bajo_oldest

Sebuah plaza lama yang dibangunkan kira-kira 5500 tahun lalu telah ditemui di Peru, dan para arkeologi yang terlibat dalam penggalian mengatakan Senin penentuan tanggal karbon menunjukkan plaza itu merupakan satu bangunan tertua yang pernah ditemui di Amerika.

Satu pasukan ahli arkeologi Peru dan Jerman menemui plaza itu yang tersembunyi di bawah potongan lain struktur runtuhan yang dikenali sebagai Sechin Bajo, di Casma, 370km di utara Lima, ibukota Peru.

“Ini merupakan penemuan yang amat bernilai kepada masyarakat ilmuwan dan ahli arkeologi”, kata Cesar Perez, ilmuwan di Institut Kebudayaan Nasional Peru yang mengawasi projek tersebut.

“Ini dapat mengungkap kembali kebanyakan sejarah negara ini”

Sebelum penemuan di Sechin Bajo, pakar arkeologi menganggap benteng kuno Caral Peru adalah salah satu daripada yang tertua di dalam belahan bumi, sekitar 5000 tahun tuanya. Para ilmuwan mengatakan Caral yang terletak beberapa jam perjalanan kereta dari Sechin Bajo, merupakan satu dari enam tempat di dunia bersama dengan Mesopotamia, Mesir, Cina, India dan Mesoamerika di mana tempat manusia memulakan kehidupan di kota ribuan tahun lalu.

Penentuan umur yang dilakukan oleh pakar arkeologi Jerman menyebut sekitar 5500 tahun, tapi sebahagian lainnya mungkin lebih tua bergantung kepada penemuan lain yang ditemui”, kata Perez. Sebelum ini terdapat penemuan berdekatan  dengan Sechin Bajo yang berusia 3600 tahun. ” Mereka pada masa dahulu amat mahir dalam membina struktur bangunan.

” Ini dapat secara jelas terlihat dengan bukti-bukti fizikal dan bahan yang mereka gunakan pada masa dahulu dapat bertahan teguh sehingga sekarang,” Peter Fuchs, salah seorang arkeologi mengatakan pada akhbar El Comercio.

Ratusan tempat di Peru telah ditutup oleh pakar arkeologi bagi mengkaji sejarah kebudayaan kerajaan Incan yang dahulunya sangat berkuasa dan mencapai puncaknya pada abad ke 16 sebelum Sepanyol datang menakluknya.

Read Full Post | Make a Comment ( 2 so far )

« Entri-entri Sebelumnya

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...