80 Sebab Masuk Neraka

Sebab Ke 10 dan 11

Posted on 11/08/2010. Filed under: 80 Sebab Masuk Neraka |

10.   Orang Yang Menyebabkan Halal Kahwin.

11.   Orang Yang Diperhalalkan Kahwin:

Junjungan Nabi s.a.w. pernah bersabda:

“Allah telah mengutukkan penghalal kahwin (Cina buta) dan orang yang diperhalalkan kahwin (Cina butaan).”

[H.R. Ahmad dan selainnya. Rujuk “Sahiih Al Jaami” (5101)]

(Mungkin) kejadian ini berlaku di kala seorang suami menceraikan isterinya dengan talak tiga maka dia tiidaklah lagi dapat ruju’ kepadanya melainkan sesudah isterinya berkahwin (lebih dahulu) dengan seseorang Islam yang lain; kemudian suami baru ini mencerainya pula dengan cara Syara’ dengan kemahuannya sendiri, maka dikala itu diperbolehkan suami lama berkahwin semula dengan isterinya sesudah dibuat aqad yang baru.

Maka orang yang menghalalkan (Cina buta) itu ialah orang yang berkahwin dengan wanita yang ditalaq tiga oleh suaminya agar wanita itu dapat dikahwinkan oleh suaminya yang terdahulu.

Advertisements
Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Sebab ke 8 dan 9.

Posted on 15/11/2009. Filed under: 80 Sebab Masuk Neraka |

8. Orang Yang Membinkan Kepada Bukan Bapanya.

9. Hamba Yang Menghubungkan Kepada Bukan Tuannya.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

7-2Ertinya:

“Siapa yang mengakukan kepada bukan bapanya atau seorang hamba yang menghubungkan kepada bukan tuannya, maka dia akan terkena kutukan Allah yang berterusan sehingga Hari Kiamat.”

[H.R. Abu Daud. Rujuk “Sahiih Al-Jaami’ (5987)

Read Full Post | Make a Comment ( 2 so far )

07 – Orang Yang Menjadikan Kubur Para Nabi Mereka Menjadi Masjid.

Posted on 23/08/2009. Filed under: 80 Sebab Masuk Neraka |

Imam Al-Bukhaari dalam Kitab Sahihnya dan Imam Ahmad dalam Kitab Musnadnya (2:246) di mana lafaz Hadis ini menurutnya, bersumber daripada Abu Hurairah memberitakan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

7-1Ertinya:

“Wahai Allah, janganlah Engkau menjadikan kuburku sebagai berhala (disembah). (Sesungguhnya) Allah telah mengutukkan sesuatu kaum (kumpulan) yang menjadikan kubur-kubur para Nabi mereka menjadi masjid-masjid”.

[Rujuk kitab “Syarh Sahiih Muslim’ (5:17)]

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

06 – Sesiapa Yang Menyembunyikan Keterangan Dan Petunjuk (Panduan Yang Diturunkan Allah.

Posted on 09/07/2009. Filed under: 80 Sebab Masuk Neraka |

5-2 Ertinya:

“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan keterangan (penjelasan) dan petunjuk yang Kami turunkan, setelah Kami menjelaskannya kepada manusia Dalam Al-Kitab, mereka itu dikutuki Allah dan dikutuki (pula) oleh semua (makhluk) yang dapatmengutuki. Kecuali orang yang telah bertaubat dan mengadakan kebaikan (islah) dan menerangkan (kebenaran) maka mereka itu Aku terima taubat mereka sedang Akulah Tuhan Penerima taubat lagi Maha Penyayang).”

[Al-Baqarah: 159-160]

Manakala Rasulullah telah bersabda:

6Ertinya:

“Siapa ditanyakan tentang suatu ilmu, maka dia menyembunyikannya; nescaya Allah akan mengekangnya di Hari Kiamat dengan kekang daripada api.”

[H.R. Ahmad, Al-Haakim dan selainnya. Rujuk kitab “Sahiih Al-Jaami”: 6284]

Kembali Ke Artikel Utama

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

4 & 5 – Wanita Yang Memakai Dan Meminta Pakai Cemara.

Posted on 20/06/2009. Filed under: 80 Sebab Masuk Neraka |

Imam Al-Bukhaari dalam kitab Sahihnya meriwayatkan daripada sumber Sayyidatina Aishah r.a. bahawa seorang jaariyah (hamba wanita) daripada kalangan Ansaar telah berkahwin dan dia telah jatuh sakit; tiba-tiba tergugur rambutnya, maka dia ingin memakai cemara (rambut gantian/ rambut palsu).

Maka para sahabat Nabi s.a.w. lalu bertanya Nabi s.a.w.. Beliau bersabda:

5-1

Ertinya:

“Allah telah mengutukkan wanita yang memakai cemara dan wanita yang meminta pakai cemara.”

[Rujuk “Fath Al-Baari”: 10:374]

Read Full Post | Make a Comment ( 1 so far )


« Entri-entri Sebelumnya

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...