Nasihat Agama – Dalam Perihal Jihad

Posted on 09/05/2010. Filed under: 400 Nasihat Agama |

140. Jadilah anda seorang yang berani dengan memiliki ciri kepahlawanan, sesungguhnya Nabi s.a.w. memohon perlindungan daripada Allah dari sifat pengecut/penakut.

141. Janganlah anda keluar untuk berjihad melainkan mendapat izin dan restu daripada kedua ibu dan bapa anda.

142. Ambillah tempat orang Islam yang diserang musuh dalam peperangan antara Islam dan Kafir jika anda mampu.

143. Perbanyakkan dari beramal dengan amal-amal yang soleh seperti zikir, puasa sunat dan lain-lain ketika anda menyertai operasi jihad, bayarlah hutang-hutang anda terlebih dahulu, kerana mati syahid tidak akan tercapai sekiranya anda berhutang.

144. Mohonlah mati syahid dalam jihad pada jalan Allah.

145. Pelajarilah ilmu memanah serta penggunaan alat-alat peperangan, janganlah anda meninggalkan ilmu tersebut setelah anda mempelajarinya.

146. Janganlah anda mencuba untuk memanah pada benda yang bernyawa kecuali pada musuh di medan peperangan.

147. Ikhlaskanlah niat anda dalam jihad, elakkan daripada berniat untuk mendapatkan harta rampasan atau mahukan kemasyhuran debgan gelaran tersebut.

148. Bila anda berada dalam medan jihad, janganlah anda lari daripadanya kerana ia termasuk salah satu daripada dosa besar.

149. Janganlah ambil sebahagian dari harta rampasan sebelum dibahagikan.

150. Pasangkan niat untuk sentiasa berada dalam jihad walaupun anda tidak atau belum menyertainya agar tidak terdapat dalam diri anda sifat nifaq.

Make a Comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: