Adolf Hitler

Posted on 15/11/2009. Filed under: Fakta Sejarah |

adolf_hitler

Adolf Hitler telah dilahirkan di sebuah rumah tumpangan “Braunau am” di Austria dan merupakan dari berketurunan Jerman. Ayah Adolf Hitler merupakan seorang pegawai kastam sementara ibunya pula sangat memanjakannya. Hitler tidak begitu cermelang dari segi pelajaran dan tidak begitu menggemari bandar Vienna tempat dia dilahirkan. Hitler sebaliknya lebih mengemari bandar Munich, tempat dia tinggal semenjak 1912. Hitler mempunyai sikap suka termenung, tidak ramah dan mudah mengikut perasaan. Sifatnya ini mungkin terbentuk akibat kekecewaan ketika Hitler menjadi seorang artis di Vienna.

Apabila peperangan Dunia Pertama  meletus, Hitler turut serta sebagai penghantar perutusan dalam pasukan Infantari Regimen Bavaria ke 16. Hitler turut terbabit dalam 48 pertempuran dan pernah tercedera dan juga terkena gas beracun. Ketika perletakan senjata ‘Armistice’ ditandatangani pada 11 November 1918, Hitler sedang dirawat di hospital. Ketika itu Hitler memangku jawatan sebagai lance-koperal.

Hitler pernah menjadi seorang pegawai penyiasat tentera di Munich dan terlibat dengan penyiasatan tentang aktiviti Parti Pekerja German. Di situ Hitler mula berkecimpung dalam politik secara tidak langsung. Hitler kemudiannya berkecimpung secara langsung dalam politik dan menjadi pengerusi kepada Parti Pekerja German pada bulan Julai 1921. Hitler kemudiannya menukar nama Parti Pekerja German kepada Nationalist Socialist German Workers Party (NSDAP) ataupun parti Nazi. Perlahan-lahan parti Nazi terbentuk dengan logo swastika, membentuk pasukan penguatkuasa yang dikenali sebagai ‘Storm Troopers’ dan anti Yahudi. Hitler mengecam secara mutlak Perjanjian Perdamaian Versailles dan mereka yang terlibat dengannya. Pada bulan November 1923, Hitler melancarkan ‘putsch’ percubaan rampasan kuasa di Munich tetapi gagal. Akibat dari itu, Hitler telah dipenjarakan di penjara Landesburg dan apabila dia keluar, Hitler menjadi lebih arif dalam selok belok politik. Hitler masih mengamalkan taktik kekerasan tetapi pada masa yang sama Hitler menjalin hubungan erat dengan pihak konservatif yang ingin menggunakannya sebagai alat menentang ancaman komunis.

Hitler kemudiannya menggunakan kebolehan berpidatonya untuk menjadi ketua parti, dan menukar nama parti kepada parti Nazi ‘National Socialist German Labour Party’. Hitler membentuk dasar anti yahudi, anti demokrasi dan kepercayaan kepada kuasa mutlak. Hitler menjalankan dasar memberi sedikit keistimewaan kepada mereka yang menyokong, mengancam mereka yang menentang dan propaganda bersifat patriotik kepada orang awam.

Hanya pada tahun 1929 parti Nazi memenangi majoriti dalam pengundian bandar Coburg, dan kemudiannya memenangi pengundian daerah Thuringia. Bagaimanapun semenjak 1928, Nazi memenangi daerah demi daerah secara berterusan. Dalam pengundian parlimen Reichstag 1928, parti Nazi memenangi 809,000 undian. Pada tahun 1930, parti Nazi memenangi 6,401,016 undi untuk perwakilan Nazi, sementara tahun 1932 sebanyak 13,732,779. Walaupun tidak mendapat majoriti, ini merupakan bukti keberkesanan pengaruh Hitler. Selain itu, sokongan kepada Hitler disebabkan banyak perkara lain termasuk kemelesetan ekonomi yang tenat akibat pembayaran pampasan perang, penghinaan oleh Perjanjian Perdamaian Versailles, dan keinginan oleh rakyat Jerman untuk mempunyai seorang pemimpin yang dapat membawa mereka mencapai kembali kegemilangan yang lampau.

Ekonomi Jerman yang musnah akibat inflasi 1929 – 1934 dan kadar pengangguran sehingga 7,000,000 menyebabkan seluruh industri berhadapan dengan kegagalan dan menjadi muflis. Sepanjang 1930 dan sehingga 30 Januari 1933, undian parti Nazi meningkat secara berterusan dan Presiden Paul von Hindenburg akhirnya melantik Hitler sebagai Perdana Menteri ‘Chancellor’.  Hitler menggunakan kedudukannya sebagai Chancellor untuk menghapuskan penentang-penentangnya. Pada malam yang dikenali sebagai Malam Pisau Panjang “The Night of the Long Knives”, Hitler membunuh semua penentangnya dalam parti Nazi. Hitler juga menyalahkan Komunis dan Yahudi atas kelembapan ekonomi dan berjaya meraih sokongan angkatan tentera dengan melaksanakan polisi melengkapkan peralatan senjata Jerman.

Dia menyelesaikan pengangguran dengan melancarkan projek pembangunan umum dan perlengkapan senjata yang pesat, termasuk pembentukan tentera tetap baru yang besar. Dia menubuhkan Jabatan Buruh Negara Jerman ‘German Labour Corps’ dan memaksa musuh politik, Yahudi, Komunis, dan Sosialis untuk bekerja keras di pusat tahanan sehingga mati. Hitler berjaya mengobarkan semangat rakyat Jerman yang selama ini muram akibat kalah perang. Hitler kini mendapat sokongan penuh semangat oleh kebanyakan rakyat Jerman. Di bawah pemerintahan diktaktor Hitler dan parti Nazi, rakyat Jerman bersatu. Hitler membakar semangat rakyat Jerman dengan pencapaian hebatnya. Parti Nazi terus menerima sokongan umum walaupun Komunis menolak dakwaan parti Nazi bahawa ia merupakan parti yang mementingkan orang ramai ‘sosialis’. Parti Nazi telah membina lebuhraya sepanjang 1,500 batu, menjanjikan rancangan kereta murah untuk rakyat, kemudahan untuk pekerja, termasuk rancangan pembangunan bandar Jerman yang hebat. Setelah mengalami masalah pengangguran dan kesempitan ekonomi, pencapaian dan janji Hitler menyebabkan rakyat biasa Jerman menjadi bangga dan menguatkan lagi sokongan kepada Hitler.

Polisi negara asing Hitler memukau rakyat Jerman dan negara asing. Dengan mempamirkan kekuatan ketenteraan Jerman, Hitler merampas daerah Saar, Rhineland, Austria and Sudetenland and Memel. Hitler berazam untuk mendirikan Reich Ketiga ‘Persekutuan Ketiga’ seperti yang pernah didirikan oleh Reich Pertama Empire Roman Suci 962 – 1806, Reich Kedua 1817 – 1918. Dengan itu, dalam satu perjumpaan 29 September 1938 di Fuhrerhaus, Munich, Jerman, dengan Perdana Menteri Neville Chamberlain dari Great Britain; Premier Edouard Daladier dari France; and Diktator Benito Mussolini dari Italy, Hitler memansuhkan Perjanjian Versailles.

Hitler kemudiannya menakluk Austria dan pada musim panas dan awal musim luruh Hitler bertindak mengancam Czechoslovakia, memaksa Czechoslovakia untuk menyerah tanpa pertumpahan darah dan menjadikan bekas presiden Czechoslovakia, Eduoard Bones sebagai orangan buangan daripada negara yang pernah dibentuk olehnya sendiri. Czechoslovakia menjadi negara yang tunduk kepada Jerman. Hitler berjaya berbuat sesuka hatinya di Eropah Barat disebabkan oleh keakuran British dan kemudiannya Perancis untuk memenuhi keinginannya dengan harapan Hitler akan berhenti setelah mencapai segala maksudnya. Ini disebabkan pihak British dan Perancis sudah serik dengan peperangan Dunia Pertama dan ingin mengelakkan peperangan sekali lagi. Pada akhir 1938, ternyata polisi keamanan dengan maruah “peace with honor” yang diamalkan oleh Perdana Menteri Neville Chamberlain dari Great Britain gagal. Ramai rakyat British, diketuai oleh Churchill mempersoal dan memberi amaran akibat buruk tentang polisi memuaskan hati Hitler. Di kalangan rakyat Perancis juga timbul perasaan bahawa Premier Edouard Daladier telah menjadikan Perancis sebagai kuasa kelas kedua dengan hanya menandatangani perjanjian Munich.

Adolf Hitler mengancam seluruh Eropah dengan kekuatan ketenteraan Jerman dan pada akhir tahun 1938, Hitler telah menguasai tambahan 10,500,000 orang (7,000,000 Austrian, 3,500,000 Sudeten) di bawah pemerintahannya, menjadikannya sebagai pemerintah mutlak yang paling merbahaya diseluruh dunia pada masa itu. Pengaruh Hitler melampaui sempadan Jerman dan negara-negara jiran yang kecil seperti Denmark, Norway, Czechoslovakia, Lithuania, Negara-negara Balkan, Luxembourg, Belanda ‘Netherland’ bimbang untuk membantah perbuatannya. Parti Nazi terlibat terang-terangan di Sepanyol, memulakan pemberontakan di Brazil, dan membantu kebangkitan di Romania, Hungary, Poland dan Lithuania. Aktiviti Hitler mendapat tentangan hebat oleh pencinta kebebasan dan parti Nazi mendapati ianya merbahaya kepada keselamatan mereka. Menteri propoganda Hitler, Paul Joseph Goebbels  melancarkan peperangan terhadap kebebasan bersuara dengan menuduh mereka sebagai komunis dan melancarkan propaganda hancurkan komunis “Down with Communism!”. Pendidikan di Jerman hanyalah pelajaran wajib tentang parti Nazi. Kesemua tekanan ini menjadikan semakin ramai yang tidak tahan dengan tindak-tanduk Nazi bertindak meninggalkan Jerman. Mereka termasuk puak Yahudi, liberal, konservatif, Khatolik, dan Protestan. Jerman menjadi negara ketenteraan di mana kanak-kanak belajar melontar bom tangan, wanita dianggap hanya sebagai alat untuk beranak.

Pada permulaan kebangkitan Hitler menjadi Chancellor, dia mendapat sokongan dari kapitalis Jerman dan ahli perniagaan menyokong parti Nazi sebagai satu cara menyelamatkan perniagaan mereka yang tenat. Tetapi apabila mereka berjaya mereka mendapati kepercayaan Nazi bahawa individual kepunyaan negara mula dikenakan kepada perniagaan. Sesetengah perniagaan dirampas sementara yang lain dikenakan cukai modal dan keuntungan dikawal dengan tegas. Untuk memberi gambaran jelas tentang kawalan kerajaan keatas perindustrian Jerman pada tahun 1938, dianggarkan 80% daripada semua bangunan dan 50% dari permintaan industri di Jerman datangnya daripada kerajaan.

Apabila Jerman menguasai Austria, ia terpaksa menampung pertambahan penduduk seramai 7,000,000 orang dan apabila Jerman menguasai Sudeten yang berada di sempadan Jermany dan Czechoslovakia, terdapat tambahan 3,500,000 orang perlu dijaga. Jerman tertekan untuk membekalkan makanan dan duit, oleh itu regim Nazi merampas tanah ladang dan melaksanakan pertanian kongsi menyerupai yang dilaksanakan oleh parti komunis Russia. Pada akhir 1938 terdapat banyak tanda bahawa ekonomi Nazi berasaskan sistem barter, kawalan pertukaran asing, taraf hidup yang lebih rendah, dan berdikari sepenuhnya telah menemui gagal. Hitler cuba mengalih perhatian rakyat Jerman daripada masalah tersebut dengan menyuruh menteri propagandanya Paul Joseph Goebbels untuk menyerang musuh yang sebenar atau khayalan. Sungguhpun begitu, dalam tempoh lima tahun, Hitler berjaya meningkatkan Jerman sebagai salah satu kuasa besar ketenteraan dunia. Ini termasuk membina senjata moden seperti angkatan kereta kebal, angkatan kapal selam, konsep serangan kilat (blitzkrieg), dan pakatan ketenteraan dengan Jepun dan Turki.

Pada September 1939, Hitler menyerang Poland dengan serangan taktik blitzkrieg (serangan darat, udara yang melampau dan mengejut) mencapai kejayaan yang memeranjatkan musuh dan generalnya sendiri. Serangan terhadap Poland bagaimanapun menyebabkan musuh-musuhnya kini bertindak balas dan pihak British dan Perancis mengumumkan perang terhadap Jerman. Kejayaan awal Hitler menjadikannya terlalu yakin dan mengambil alih pemerintahan tentera Jerman pada Disember 1941. Hitler mengganggu cara para jeneralnya merancang peperangan dan terlalu mempercayai kepada keberkesanaan senjata sulit, dan kepada ramalan kaji bintang. Setelah lama berperang dan setelah mengalami kekalahan di setiap medan pertempuran, Hitler menyedari bahawa kekalahan sudah tidak dapat dielakkan. Hitler kemudiannya mengahwini wanita simpanannya Eve, dan kemudiannya membunuh diri bersama-sama pada 30 April 1945. Mayatnya dibakar untuk mengelak daripada jatuh ke tangan musuh.

Make a Comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: