Nasihat Agama – Dalam Urusan Haji

Posted on 02/08/2009. Filed under: 400 Nasihat Agama |

123.    Bersegeralah anda menunaikan ibadat haji dan umrah jika anda mampu, elakkan dari melewat-lewatkannya, ulangilah ia dalam tempoh lima tahun.

124.    Kerjakan haji dengan diiringi oleh ahli agama yang dapat menunjukkan sesuatu yang baik mengenai cara pelaksanaan ibadat haji.

125.    Lakukan taubat nasuha sebelum berangkat menunaikan haji.

126.    Perbanyakkan bekalan wang yang mencukupi sepanjang perjalanan menunaikan haji.

127.    Jauhkan diri anda dari mengerjakan haji dengan sumber wang yang haram.

128.    Lakukan umrah di bulan Ramadhan jika mampu melakukannya.

129.    Kuatkan suara anda ketika bertakbir.

130.    Perbanyakkan perlakuan tawaf, menghampiri Hajar Aswad, rukun Yamani serta mengisyaratkan kepada keduanya.

131.    Elakkan berada di dalam perkumpulan manusia yang ramai bagi mengelakkan anda mengganggu dan diganggu.

132.    Teguklah air Zam Zam dan perbanyakkan dari meminumnya.

133.    Perbanyakkan amal ibadat khusus dan umum, terutama pada 10 Zulhijjah setiap tahun.

134.    Bersedialah untuk wuquf di ‘Arafah dengan menyucikan batin anda dari segala hasad dengki dan segala faktor kehancuran.

135.    Segera lakukan perbuatan melontar jamrah serta seluruh manasik haji pada awal waktunya.

136.    Jangan benar isteri anda menunaikan haji tanpa iringan anda melainkan dengan suami atau mahram terdekatnya.

137.    Perbanyakkan solat (fardu dan sunat) di ketiga-tiga masjid iaitu Masjidul Haram, Masjid Nabi dan Masjid Al-Aqsa.

138.    Janganlah anda menghina seseorang daripada ahli Makkah dan Madinah serta tidak menghormati mereka dengan kata-kata kesat.

139.    Jangan anda pulang/masuk ke rumah daripada belayar jauh melainkan dengan pengetahuan ahli keluarga anda.

Make a Comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: