Nasihat Agama – Dalam Perkara Puasa

Posted on 15/07/2009. Filed under: 400 Nasihat Agama |

103. Berpuasalah pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah SWT.
104. Cuba elakkan daripada berbuka di siang hari pada bulan Ramadhan tanpa sebarang alasan yang dibenarkan dalam Islam.
105. Penuhkan malam sepanjang Ramadhan dengan qiamullail terutamanya Lailatul Qadr.
106. Berpuasalah dengan puasa enam di bulan Syawal.
107. Berpuasalah pada 9 dan 10 bulan Muharram (Tasu’aa dan ‘Asyura’).
108. Berpuasalah pada bulan Syaa’ban jika terdaya melakukannya.
109. Berpuasalah pada hari Isnin dan Khamis.
110. Berpuasalah pada hari-hari putih setiap bulan, iaitu pada 13,14 dan 15 bulan-bulan Islam.
111. Beritahulah isteri supaya tidak berpuasa sunnat ketika anda berada di sisinya, melainkan anda merestui perbuatannya itu.
112. Lambatkan makan sahur dan segerakanlah waktu berbuka.
113. Sebolehnya anda berbuka dengan beberapa biji tamar atau manis-manisan, kalau tak ada dengan air.
114. Gunakanlah harta anda yang halal bagi pembelian bahan makanan untuk berbuka dan bersahur.
115. Berilah makan untuk orang yang berpuasa ketika berbuka, kerana Ramadhan bulan kemuliaan.
116. Peliharalah adab-adab berpuasa dengan menjauhkan mengumpat, mencaci atau mengeluarkan kata-kata yang kesat.
117. Jangan tinggalkan ‘iktikaf pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan.
118. Tunaikan zakat fitrah bagi tujuan menyucikan jiwa anda.
119. Hidupkan kedua-dua malam ‘Aidilfitri dan Adha dengan solat sunat dan ibadat-ibadat umum yang lain.
120. Kuatkan suara anda ketika bertakbir dua hari raya dan pada hari-hari tasyriq.
121. Lakukan ibadat korban setiap tahun jika anda mampu melakukannya.
122. Jangan anda menjual sebahagian daripada daging korban atau memberi upah kepada tukang sembelih walaupun sedikit.

Make a Comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: