Nasihat Agama – Dalam Perihal Sedekah

Posted on 29/05/2009. Filed under: 400 Nasihat Agama |

88. Jadikanlah diri anda seorang yang pemurah serta elakkan sifat kedekut, ini adalah kerana Allah SWT Maha Pemurah dan suka kepada mereka yang bermurah hati.

89. Tunaikan zakat fardhu dan janganlah kedekut terutamanya terhadap orang yang berhak menerimanya.

90. Jika anda menghadapi kesulitan (kewangan), minta dan mohonlah kepada Allah dengan tidak mengharapkan manusia yang serba kekurangan bagi menyelesaikannya.

91. Biasakan diri dengan bersedekah dan janganlah mengelakkan diri daripadanya.

92. Bersedekahlah daripada bahan yang kamu suka, kerana sesungguhnya Allah SWT ada berfirman menerusi ayat 92 surah Ali ‘Imran yang bermaksud: Kamu tidak akan mencapai kebaikan melainkan kamu bersedekah sesuatu itu daripada apa yang kamu suka.

93. Bersedekahlah dengan cara tersembunyi dan membayar zakat dengan cara terang agar dapat dicontohi oleh orang lain.

94. Berilah sedekah kamu itu terlebih dahulu kepada kerabat anda dan mereka yang memerlukannya.

95. Berilah pinjaman wang anda kepada mereka yang memerlukannya.

96. Pantaulah orang yang kedekut untuk membantu orang lain dengan kelebihan hartanya serta berilah sesuatu nasihat berguna daripada ajaran agama mengenainya.

97. Belanjakanlah harta anda pada perkara-perkara yang baik seperti mana membina masjid, menyebar ilmu agama, kerana dengan tindakan itu termasuk daripada konsep sedekah jariah.

98. Benarkan isteri anda bersedekah daripada sebahagian wang anda.

99. Ingatkan isteri anda daripada membelanjakan harta pada perkara-perkara yang baginya melakukannya.

100. Jamulah orang ramai dengan makanan dan minuman anda, dan jangan sekali-kali mengungkit tentang apa yang telah anda berikan pada perkara maa’ruf.

101. Bersyukurlah anda pada perkara-perkara maa’ruf dan berdoalah selalu terhadap orang yang melakukan kebaikan.

102. Janganlah anda bertindak sesuatu yang boleh melukakan hati si pemberi sedekah.

Make a Comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: