Jibrail Merasmikan Muhammad Sebagai Rasul Allah

Posted on 20/05/2009. Filed under: Kisah Ringkas Rasulullah s.a.w. |

Suasana malam di bulan Ramadhan itu amat terasa sekali. Muhammad sedang bersendirian berkhalwat di dalam Gua Hira’. Dalam ketenangan malam yang hening itulah Malaikat Jibrail, datang membawa wahyu Allah kepada Muhammad bahawa Muhammad adalah Rasul Allah. Sepertimana tugas-tugas Jibrail dahulu menyampaikan wahyu kepada lain-lain Nabi Allah; Ibrahim, Musa dan Isa a.s., dan malam itu ia muncul pula di depan Muhammad lalu berkata:

“Iqra” (bacalah)

“”Ma’ Aqra” (aku tidak tahu membaca)

Mendengar jawapan Muhammad itu, lalu Jibrail memeluk baginda. Baginda merasa seakan-akan lemas barulah dilepaskan Jibrail, dan ia berkata lagi:

“Iqra” (bacalah)

“”Ma’ Aqra” (aku tidak tahu membaca) jawab Muhammad.

“Bacalah dengan nama Tuhan engkau yang menciptakan; yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang paling Pemurah; yang mengajar manusia dengan qalam; mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.”

Demikian Malaikat Jibrail membaca ayat-ayat Al-Quran itu dan diikuti Muhammad membacanya.

Inilah ayat-ayat dari Surah Al-Alaq yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad. Setelah selesai Baginda membaca ayat tersebut, Malaikat Jibrail pun berlalu dan dituruti Nabi segera keluar dari Gua Hira’ itu.

“Wahai Muhammad, engkau Rasul Allah dan aku ini Jibrail”.

Nabi Muhammad memandang ke langit dan dilihatnya Jibrail dalam rupa bentuk manusia. Kedua tumitnya berada di hujung langit.

Muhammad tidak menjawab, terdiam dan terus memandang ke langit. Baginda tegak bagaikan terpukau di bumi. Tidak bergerak ke depan atau ke belakang dan kepalanya terus memandang ke atas dan ke mana saja arah dipandang, Baginda akan nampak Jibrail.

“Wahai Muhammad, engkau Rasul Allah dan aku ini Jibrail”. Demikian diulangi Jibrail.

Baginda terus terdiam dan berkeadaan demikian sehingga digerakkan oleh orang-orang yang disuruh Khadijah mencari suaminya Muhammad kerana Baginda merasai bimbang di hatinya, khuatir sesuatu berlaku ke atas Baginda.

Akhirnya Jibrail berlalu dan menghilang. Setelah berasa tenang seketika, Muhammad pun berangkat pulang dan Khadijah sudah sedia menunggu.

Mulai saat itu rasmilah Muhammad sebagai Rasul Allah dalam usia empat puluh tahun. Baginda utusan Allah kepada manusia bagi menunjukkan jalan-jalan kebahagiaan dunia dan akhirat. Malaikat Jibrail akan berulang alik mengunjungi Baginda dengan membawa ajaran-ajaran Allah.

Wahyu Allah merupakan Al-Quran iaitu Kitab Suci bagi orang-orang Islam (Muslimin). Islam agama Allah yang terakhir yang diredhai-Nya untuk manusia dan Muhammad adalah Nabi yang terakhir: khatamun Nabiyyin. Selepasnya tidak ada lagi Nabi dan Rasul.

Make a Comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Satu Respons to “Jibrail Merasmikan Muhammad Sebagai Rasul Allah”

RSS Feed for RangeBoy’s Blog Comments RSS Feed

[…] Jibrail Merasmikan Muhammad Sebagai Rasul Allah […]


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: