Nasihat Agama – Dalam Perkara Sembahyang/ Solat

Posted on 19/04/2009. Filed under: 400 Nasihat Agama |

43. Berusahalah untuk menyahut seruan azan sepertimana yang diajar dalam sunnah Nabi, hindarkanlah daripada berkata-kata serta tinggalkan apa-apa pekerjaan atau ibadat lain ketika azan berkumandang.

44. Berselawatlah ke atas Nabi s.a.w. serta berdoa sejurus selepas azan.

45. Jangan keluar daripada masjid selepas mendengar seruan azan melainkan ada perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan.

46. Biasakanlah diri anda dengan laungan azan, sekiranya anda tidak dapat bersolat jemaah di masjid/surau.

47. Dirikanlah solat pada setiap waktu yang telah ditentukan.

48. Mohonlah kepada Allah pada urusan dunia dan akhirat, sama ada untuk diri anda sendiri mahupun umat Islam sejagat di antara azan dan iqamat.

49. Bantulah masyarakat dalam usaha untuk membina masjid dengan segala kerahan tenaga dan harta benda walau di manapun anda berada.

50. Hormatilah masjid dengan melangkahkan kaki kanan ketika memasukinya, sebaliknya langkahkan kaki kiri anda ketika anda keluar, peliharalah ia dari sebarang kekotoran dan peliharalah adab-adab ketika berada di dalamnya, elakkan dari berkata-kata pada perkara yang sia-sia dengan mengilai atau seumpamanya.

51. Janganlah meludah di dalam masjid atau ke arah kiblat, malah ludahlah dalam sapu tangan atau tisu serta jangan pula mencari benda yang hilang di dalamnya.

52. Peliharalah solat dengan melaksanakannya di awal waktu dengan berjemaah di masjid/surau, lebih-lebih lagi solat Isya’ dan Subuh.

53. Elakkan dari melewat-lewatkan waktu solat.

54. Janganlah bersolat sunnat selepas Subuh dan Asar melainkan solat yang mempunyai sebab.

55. Duduklah seketika (untuk berwirid dan berzikir) terutama selepas solat Subuh dan Asar.

56. Isikanlah waktu lapang anda dengan beriktikaf dalam masjid dengan memenuhi tuntutan ibadat umum.

57. Elakkan dari memakan makanan yang berbau seperti bawang putih dan bawang besar yang belum di masak, jangan merokok kerana ia boleh mengganggu orang lain dengan asap yang keluar dari mulut perokok.

58. Suruhlan isteri anda untuk bersolat pada waktunya, kerana solat itu termasuk perkara penting dalam Islam.

59. Beritahulah isteri anda untuk bersolat di rumah masing-masing.

60. Perintahlah anak-anak anda bersolat ketika umur tujuh tahun, pukullah mereka sekiranya mereka meninggalkan solat ketika umur mereka pada waktu itu sepuluh tahun, jangan ringan-ringankan perintah ini kerana anda boleh berdosa kepada Allah.

61. Sekiranya ada di antara ahli keluarga anda yang meninggalkan solat, maka jelaskanlah kepada mereka tentang kelebihan solat dan hukuman bagi yang meninggalkannya.

62. Iltizamkan diri anda dengan melakukan solat-solat sunnat qabliyyah dan ba’diyyah serta solat-solat muakkadah selagi terdaya.

63. Lakukan solat-solat sunnat di rumah anda sendiri.

64. Lakukan solat Dhuha walaupun sekadar dua rakaat sahaja, jika anda mampu lakukannya hingga lapan rakaat.

65. Berusahalah semampu anda dengan berwirid dan berzikir selepas solat-solat fardu.

66. Persiapkan diri anda untuk solat sunnat di waktu malam tanpa berasa terlalu kenyang serta qailulah di waktu siang hari.

67. Peliharalah zikir-zikir yang warid daripada Rasulullah sebelum dan selepas tidur.

68. Tidurlah anda dalam keadaa suci lagi berzikir serta berniat untuk bangun malam.

69. Bangunlah pada waktu malam untuk bertahajjud di samping menggerakkan ahli keluarga menyertainya.

70. Solat sunnat gerhaa bulan dan matahari bila sampai waktunya un tuk dilaksanakan.

71. Lakukan solat jenazah ke atas saudara-saudara Islam yang telah meninggal dunia.

72. Lakukan solat Istikharah pada menentukan di antara dua perkara penting serta berdoalah dengan doanya yang khusus.

73. Peliharalah solat berjemaah pada setiap waktu fardhu (semampu mungkin).

74. Pastikan anda sentiasa meluruskan saf ketika bersolat jemaah dengan memastikan bahu anda mengenai bahu orang kiri dan kanan anda dan tumit mengenai tumit orang yang bersebelahan dengan anda.

75. Rebutlah peluang untuk bersolat jemaah di saf pertama tanpa mengganggu perasaan orang lain.

76. Biasakanlah diri anda untuk sentiasa membaca doa Iftitah dan menyebut “Amin” di belakang imam serta membaca tasbih pada ruku’ dan sujud.

77. Pastikan agar anda sentiasa berada dalam keadaan “toma’ninah” ketika ruku’, sujud, ‘itidal dan duduk antara dua sujud.

78. Hindarkan diri anda dari melalui/berjalan di hadapan orang yang sedang bersembahyang.

79. Letakkan sesuatu objek di hadapan anda ketika anda sedang bersolat sebagai tanda tidak memberi laluan kepada orang lain untuk melalui jalan itu.

Make a Comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: