April Fool – Renungan Untuk Kita

Posted on 31/03/2009. Filed under: Kisah dan Tauladan |

April Fool

Ilustrasi masyarakat barat meraikan April Fool.

Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool’s Day sebagai renungan bersama.

Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya ‘pandang kebarat’. Berbalik kepada perayaan April Fool’s Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam diSepanyol ( Moors ) terpaksa berlindung di dlm rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang – orang Islam dr Sepanyol. Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan.

Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan,telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk- penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya,lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja diSepanyol tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

Make a Comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

8 Respons to “April Fool – Renungan Untuk Kita”

RSS Feed for RangeBoy’s Blog Comments RSS Feed

allahu akbar..moga kita ambil iktibar dari peristiwa in..ya allah selamatkan umat islam ya allah

Ya.. Semoga Allah melindungi umat Islam dari segala kezaliman musuh-musuh Islam. Amin…

Salam..
mta izin share

Wa’alaikumsalam.. Sudah tentu boleh.. Digalakkan.. TQ..

alamakkk…sy juga biase kenekan budak2 kt tmpt keja dgn mereka pekara yg bukan2..smpai satu ketika tu satu team smua sy suruh brkumpul di kantin “kununya”(ayat dr m)big bos dtg nx jumpe..sudahnye hampir 4jam 47org pekerja menunggu di situ bos tx muncul2..sedangkn sy dh balik umah dan bergimbira dgn anak2 di rumah sampailah salah seorg supervisor tu cal sy dia kate bila nx dtg kami dh tungu stngah ari..yaAllah sy terlupa bos mkin tx jd dtg,cuba cal dia skrg..pada hal sy rasa bersalah dan dh lupa pun ap yg sy dh arahkan tu….5minit kemudian…bos cal sy…ape awak dh buat kt budak2 tu,kesian diorg klu ia pn aprilpool jgn lah smpai cam tu kesian dia..dgn tenang sy jawap…baeek boss…

MASYA ALLAH……………

minta izin share

Silakan… Amat dialu-alukan..


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: