400 Nasihat Agama

Nasihat Agama – Dalam Perkara Sembahyang/ Solat

Posted on 19/04/2009. Filed under: 400 Nasihat Agama |

43. Berusahalah untuk menyahut seruan azan sepertimana yang diajar dalam sunnah Nabi, hindarkanlah daripada berkata-kata serta tinggalkan apa-apa pekerjaan atau ibadat lain ketika azan berkumandang.

44. Berselawatlah ke atas Nabi s.a.w. serta berdoa sejurus selepas azan.

45. Jangan keluar daripada masjid selepas mendengar seruan azan melainkan ada perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan.

46. Biasakanlah diri anda dengan laungan azan, sekiranya anda tidak dapat bersolat jemaah di masjid/surau.

47. Dirikanlah solat pada setiap waktu yang telah ditentukan.

48. Mohonlah kepada Allah pada urusan dunia dan akhirat, sama ada untuk diri anda sendiri mahupun umat Islam sejagat di antara azan dan iqamat.

49. Bantulah masyarakat dalam usaha untuk membina masjid dengan segala kerahan tenaga dan harta benda walau di manapun anda berada.

50. Hormatilah masjid dengan melangkahkan kaki kanan ketika memasukinya, sebaliknya langkahkan kaki kiri anda ketika anda keluar, peliharalah ia dari sebarang kekotoran dan peliharalah adab-adab ketika berada di dalamnya, elakkan dari berkata-kata pada perkara yang sia-sia dengan mengilai atau seumpamanya.

51. Janganlah meludah di dalam masjid atau ke arah kiblat, malah ludahlah dalam sapu tangan atau tisu serta jangan pula mencari benda yang hilang di dalamnya.

52. Peliharalah solat dengan melaksanakannya di awal waktu dengan berjemaah di masjid/surau, lebih-lebih lagi solat Isya’ dan Subuh.

53. Elakkan dari melewat-lewatkan waktu solat.

54. Janganlah bersolat sunnat selepas Subuh dan Asar melainkan solat yang mempunyai sebab.

55. Duduklah seketika (untuk berwirid dan berzikir) terutama selepas solat Subuh dan Asar.

56. Isikanlah waktu lapang anda dengan beriktikaf dalam masjid dengan memenuhi tuntutan ibadat umum.

57. Elakkan dari memakan makanan yang berbau seperti bawang putih dan bawang besar yang belum di masak, jangan merokok kerana ia boleh mengganggu orang lain dengan asap yang keluar dari mulut perokok.

58. Suruhlan isteri anda untuk bersolat pada waktunya, kerana solat itu termasuk perkara penting dalam Islam.

59. Beritahulah isteri anda untuk bersolat di rumah masing-masing.

60. Perintahlah anak-anak anda bersolat ketika umur tujuh tahun, pukullah mereka sekiranya mereka meninggalkan solat ketika umur mereka pada waktu itu sepuluh tahun, jangan ringan-ringankan perintah ini kerana anda boleh berdosa kepada Allah.

61. Sekiranya ada di antara ahli keluarga anda yang meninggalkan solat, maka jelaskanlah kepada mereka tentang kelebihan solat dan hukuman bagi yang meninggalkannya.

62. Iltizamkan diri anda dengan melakukan solat-solat sunnat qabliyyah dan ba’diyyah serta solat-solat muakkadah selagi terdaya.

63. Lakukan solat-solat sunnat di rumah anda sendiri.

64. Lakukan solat Dhuha walaupun sekadar dua rakaat sahaja, jika anda mampu lakukannya hingga lapan rakaat.

65. Berusahalah semampu anda dengan berwirid dan berzikir selepas solat-solat fardu.

66. Persiapkan diri anda untuk solat sunnat di waktu malam tanpa berasa terlalu kenyang serta qailulah di waktu siang hari.

67. Peliharalah zikir-zikir yang warid daripada Rasulullah sebelum dan selepas tidur.

68. Tidurlah anda dalam keadaa suci lagi berzikir serta berniat untuk bangun malam.

69. Bangunlah pada waktu malam untuk bertahajjud di samping menggerakkan ahli keluarga menyertainya.

70. Solat sunnat gerhaa bulan dan matahari bila sampai waktunya un tuk dilaksanakan.

71. Lakukan solat jenazah ke atas saudara-saudara Islam yang telah meninggal dunia.

72. Lakukan solat Istikharah pada menentukan di antara dua perkara penting serta berdoalah dengan doanya yang khusus.

73. Peliharalah solat berjemaah pada setiap waktu fardhu (semampu mungkin).

74. Pastikan anda sentiasa meluruskan saf ketika bersolat jemaah dengan memastikan bahu anda mengenai bahu orang kiri dan kanan anda dan tumit mengenai tumit orang yang bersebelahan dengan anda.

75. Rebutlah peluang untuk bersolat jemaah di saf pertama tanpa mengganggu perasaan orang lain.

76. Biasakanlah diri anda untuk sentiasa membaca doa Iftitah dan menyebut “Amin” di belakang imam serta membaca tasbih pada ruku’ dan sujud.

77. Pastikan agar anda sentiasa berada dalam keadaan “toma’ninah” ketika ruku’, sujud, ‘itidal dan duduk antara dua sujud.

78. Hindarkan diri anda dari melalui/berjalan di hadapan orang yang sedang bersembahyang.

79. Letakkan sesuatu objek di hadapan anda ketika anda sedang bersolat sebagai tanda tidak memberi laluan kepada orang lain untuk melalui jalan itu.

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Nasihat Agama – Dalam Perkara Mandi

Posted on 10/04/2009. Filed under: 400 Nasihat Agama |

36. Elakkan diri anda, isteri serta anak-anak anda daripada melewat-lewatkan untuk mandi junub bagi mengelak melewat-lewatkan solat dan mungkin meninggalkannya.

37. Janganlah anda masuk dalam masjid dengan keadaan berjunub serta isteri anda ketika dalam haid atau bernifas.

38. Jangan dedahkan aurat anda (pada bila-bila masa).

39. Jangan biarkan isteri anda masuk bilik air awam (bersendirian) yang mendedahkannya pada perkara bahaya.

40. Berwuduklah sebelum mandi dan berwuduklah untuk melakukan solat.

41. Ratakan badan anda dengan air ketika mandi bagi mengekalkan kesihatan anda.

42. Kenakan kepala anda dengan air disusuli bahu kanan dan kiri sebanyak tiga kali.

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Nasihat Agama – Dalam Perkara Wuduk

Posted on 03/04/2009. Filed under: 400 Nasihat Agama |

26. Biasakan diri anda dengan berwuduk (selain sembahyang), jadikan diri anda orang yang sentiasa berada dalam taharah/bersuci.

27. Janganlah anda tidur melainkan dalam keadaan berwuduk.

28. Bacalah basmalah sebelum melakukan wuduk.

29. Gunakan kayu bersugi setiap kali anda ingin melaksanakan solat.

30. Biasakan berkumur-kumur serta istinjaq (masukkan air dalam hidung) ketika berwuduk melainkan dalam keadaan anda berpuasa.

31. Basuhlah anggota-anggota badan anda ketika mandi serta celah-celahkanlah air pada janggut dan jari-jemari tangan dan kaki anda dengan sempurna.

32. Mulakan mengambil wuduk dengan anggota kanan terlebih dahulu.

33. Sapulah sebahagian kepala anda dengan air.

34.Basuhlah telinga anda zahir dan batin.

35. Sembahyanglah dua rakaat selepas berwuduk jika mampu melakukan.

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Nasihat Agama – Dalam Perkara “Taharah”

Posted on 27/03/2009. Filed under: 400 Nasihat Agama |

19.      Langkahkan dengan kaki kiri, apabila anda memasuki bilik air, bacalah doa masuk bilik air, elakkan daripada bercakap ketika berada di dalam bilik air dan keluar dengan kaki kanan serta doa yang diajarkan oleh Rasulullah.

20.      Elakkan membuang air kecil di jalan orang atau tempat berteduh mereka, ini kerana tindakan seumpama itu boleh mengganggu mereka.

21.      Janganlah menghadap atau membelakangkan kiblat ketika buang air, melainkan anda berada dalam sebuah bangunan tertutup.

22.      Elakkan membuang air kecil dengan berdiri semampu mungkin bagi mengelakkan daripada terkena penyakit tidak tos waktu kencing.

23.      Beristinjak selepas membuang air kecil dengan menggunakan batu atau kertas (seperti tisu) kemudian air, kalau boleh menggunakan semua bahan-bahan itu adalah lebih baik.

24.      Jangan sekali-kali menggunakan tangan kanan untuk beristinjak atau perkara-perkara yang dikira tidak baik, malah gunakan tangan kiri anda untuk berbuat demikian.

25.      Lakukan khitan kepada anak-anak anda ketika kecil kerana berkhitan itu adalah daripada perkara-perkara sunnat di dalam Islam.

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Nasihat Agama – Dalam Perkara Aqidah dan Iman.

Posted on 22/03/2009. Filed under: 400 Nasihat Agama |

1. Ikhlaskan niat dalam segala tindakan, semata-mata hanya bagi Allah serta elakkan diri daripada terjerebak dalam riya’ sama ada perkataan dan perbuatan.

2. Ikutilan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w. dalam segenap perkataan, perbuatan dan keluhuran akhlaknya yang tinggi.

3. Bertaqwalah kepada Allah serta berazam sungguh-sungguh untuk melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala tegahan-Nya.

4. Bertaubatlah kepada Allah dengan “Taubat Nasuha” serta memperbanyakkan istighfar kepada-Nya.

5. Lahirkan dalam diri bahawa Allah SWT menyaksikan segala pergerakan anda.

6. Serah dan sediakan diri anda untuk melaksanakan segala peraturan dan undang-undang Islam, kerana Islam diambil daripada perkataan selamat di dunia dan akhirat, usahlah mengkiaskan sesuatu perkara atau urusan agama itu menurut akal anda, kerana akal itu terbatas cara berfikirnya sepertimana terbatasnya penglihatan anda.

7. Duduk serta bergaullah dengan pada alim ulama, tunjukkan kasih anda kepada mereka, ambil ilmu daripada mereka, indarkan diri anda daripada mengherdik atau merendah-rendahkan kedudukan mereka, latihlah anak-anak anda dengan demikian, kerana sesungguhnya ‘ulama’ itu adalah pewaris nabi-nabi.

8. Biasakan diri anda untuk sentiasa mendengar nasihat, bimbingan agama serta mengambil faedah daripadanya.

9. Terimalah kebenaran, sama ada daripada yang tua mahupun yang muda, hindarilah diri anda daripada sifat degil dan hidung tinggi.

10. Perbetulkan aqidah anda berdasarkan kitab Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad, hindari diri anda daripada aqidah serta ungkapan-ungkapan yang membawa kepada kekufuran.

11. Berimanlan anda hanya kepada Allah serta para Malaikat, Kitab-kitab, Rasul-rasul-Nya, hari akhirat serta qada’ dan qadar baik atau buruk hanya daripada Allah sahaja.

12. Usahlah anda bertaqlid (mengikut dalam urusan agama) secara membuta-tuli tanpa ilmu agama.

13. Janganlah anda mentafsirkan Al-Quran mengikut selera atau pendapat anda tanpa dirujuk kepada ilmu tafsir yang sebenar lagi sohih.

14. Bersungguh-sungguh dalam mencari ilmu dengan merujuk kepada kitab-kitab serta mengajarkannya, ini kerana sebaik-baik manusia ialah mereka yang belajar dan kemudian mengajar dengan ilmu yang telah dipelajari.

15. Hendaklah anda berpegang teguh dengan kitab mazhab fiqh anda.

16. Biasakan dengan membaca kitab-kitab seperti Riyadh as-Solihin serta al-Azkar oleh Imam an-Nawawi, Kitab Sirah Nur al-Yakin oleh Syeikh Al-Khidri dan lain-lain.

17. Elakkan diri anda daripada melihat serta membaca majalah-majalah atau segala alat sebaran am yang bersifat lucah seta buku-buku yang menentang Islam.

18. Jadikanlah diri anda orang pertama melakukan kebaikan yang beroleh pahala agar dapat dicontohi oleh orang lain.

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

« Entri-entri Sebelumnya Entri-entri Berikutnya »

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.