Ayat Lima

Posted on 14/03/2012. Filed under: Doa dan Amalan |

Ertinya:

Tidakkah engkau ketahui (wahai Muhammad), tentang (kisah) ketua-ketua dari Bani lsrail sesudah (wafatnya) Nabi Musa, ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: Lantiklah seorang raja untuk kami supaya boleh kami berperang (bersama-sama dengannya) pada jalan Allah. Nabi mereka menjawab: Tidakkah harus, jika kamu kelak diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang?. Mereka berkata: Mengapa pula kami tidak akan berperang pada jalan Allah, sedang kami telah diusir dari kampung halaman kami dan (dari) anak-anak kami? Maka apabila perang itu diwajibkan atas mereka, mereka membelakangkan kewajipan itu, kecuali sebahagian kecil dari mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim. (Allah yang berkuasa untuk melaksanakan apa yang dikehendaki)

 

Ertinya:

Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang-orang (Yahudi) yang mengatakan: Bahawasanya Allah miskin dan kami ialah orang-orang kaya. Kami (Allah) akan menuliskan perkataan mereka itu dan perbuatan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang membenarkannya dan Kami akan katakan kepada mereka: Rasalah kamu azab seksa yang sentiasa membakar. (Allah yang Maha Kuat tidak memerlukan kepada orang yang menolong)

 

Ertinya:

Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad), akan orang-orang yang (pernah) dikatakan kepada mereka: Tahanlah tangan kamu (daripada bertindak melancarkan perang yang belum diizinkan) dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat. (Mereka meminta juga hendak berperang), kemudian apabila mereka diperintahkan berperang, tiba-tiba sepuak di antara mereka merasa gerun kepada manusia sama seperti mereka merasa gerun kepada (azab) Allah atau lebih gerun lagi. Lalu mereka (merayu kepada Allah dengan) berkata: Wahai Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan kami berperang (pada saat ini)? Mengapa Engkau tidak biarkan kami hingga ke tempoh yang singkat (iaitu akhir hayat kami)? Katakanlah (wahai Muhammad): Harta benda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja, (dan akhirnya akan lenyap) dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertakwa (kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya) dan kamu pula tidak akan dianiaya sedikit pun. (Allah Maha Perkasa kepada orang yang melampaui batas dan orang yang berdosa)

 

Ertinya:

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil) dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil): Sesungguhnya aku akan membunuhmu!. (Habil) menjawab: Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa. (Maha Suci Allah menunjukkan kepada orang yang dikehendaki)

 

Ertinya:

Bertanyalah (wahai Muhammad): Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi? Jawablah: “Allah”. Bertanyalah lagi: Kalau demikian, patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya? Bertanyalah lagi: Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik? Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang? Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka? Katakanlah: Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dialah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa. (Allah Maha terus menerus mengurus (makhlukNya) yang memberi rezeki kepada orang yang dikehendaki, rezeki kekuatan)

 

Penjelasan tentang Ayat Lima:

I.   Ayat Lima ialah ayat-ayat yang diambil dari lima surah di dalam Al-Quran.

  1. Ayat pertama diambil dari Surah Al-Baqarah ayat 246.
  2. Ayat kedua diambil dari Surah Ali-Imran ayat 181.
  3. Ayat ke tiga diambil dari Surah An-Nisaa ayat 77.
  4. Ayat ke empat diambil dari Surah Al-Maai’dah ayat 27.
  5. Ayat ke lima diambil dari Surah Ar-Rad ayat 16.

II.   Tiap-tiap satu dari lima ayat itu terdapat sepuluh huruf “QAF” (kaf besar), sebab itulah ayat lima ini juga dipanggil ayat lima puluh Qaf.

Kerana itu ayat lima ini mengandungi rahsia dan khasiat yang besar sekali ertinya, diantaranya ialah:

  1. Ibnu Mas’ud meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. selalu membaca Ayat Lima ini, baik baginda sedang berada dalam negeri atau sedang dalam perjalanan dan dalam peperangan. Dalam peperangan Baginda selalu dapat mengalahkan orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan selalu mendapat pertolongan Allah s.w.t.
  2. Saidina ‘Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. menerangkan bahawa bila Ayat Lima dituliskan di dalam bejana, kemudian diisi dengan air dan airnya diminum pada hari jumaat, maka Allah akan menyembuhkann penyakitnya kemudian diisi hatinya dengan nur hidayah, keyakinan dan kasih sayang.
  3. Bila selalu dibaca oleh seorang pemimpin, maka akan ditetapkan hatinya oleh Allah dan diberi pengaruh serta kekuatan dan patuh kepadanya semua orang-orang yang dipimpinnya.
  4. Jika ditulis dan digantungkan pada hujung senjata untuk menghadapi musuh dalam pertempuran, maka Allah s.w.t. akan memecahbelahkan kekuatan musuh.
  5. Jika menghadap raja yang kejam, ia akan terpelihara dari kekejamannya dan tipu dayanya. Ayat Lima adalah dinding dari kejahatan manusia dan jin serta syaitan.
  6. Salman Al-Farisi r.a. berkata: “Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepadaku Ayat Lima kemudian beliau berkata: ‘Siapa yang membaca dan mengamalkannya, Allah s.w.t. akan melanjutkan usianya dan mengampuni dosanya dan mudah tercapai apa yang dikehendakinya.

Keterangan ini diambil dari Tafsir Al-‘Arais.

Make a Comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: