RM1 Edisi Pertama
Ini adalah duit RM1 Siri pertama keluaran Bank Negara Malaysia, ianya agak sukar didapati jika dibandingkan dengan siri yang lain.
Nilai tertera: RM 1
Siri: Pertama
Gabenor: Tun Ismail bin Mohamed Ali
Cetakan: Bradbury, Wilkinson & Co Lo New Malden, Surrey, England.
Nilai Semasa: RM50 – RM300
Di sini saya ingin menunjukkan, bagaimana hendak mengenal pasti duit RM1 siri pertama ini. Setiap siri memang ada bezanya walaupun sekali pandang macam sama. Ini adalah panduan mengenal duit RM1 siri pertama:
Ini adalah perbezaan paling utama bagi siri pertama dengan siri-siri yang seterusnya. Ejaan yang digunakan merupakan ejaan lama. DI-PERLAKUKAN digunakan pada semua jenis matawang kertas siri pertama, mula menggunakan DIPERLAKUKAN pada matawang siri ke 2.
Simbol $1 yang terdapat pada sudut bawah sebelah kiri duit ini hanya ada pada siri pertama dan kedua.
Ditandatangani oleh Tun Ismail Bin Md. Ali
Menggunakan perkataandan ejaan GABENOR dan digantikan ejaan GABENUR pada siri 2, 3 dan 4. Pada siri ke 5, ejaan GABENOR digunakan semula.









kalau ada ni nak beli ker???
yaseed
30/08/2010
Saya sudah ada duit ni, tp kalau ada pembaca kat sini yang nak beli boleh contact yaseed.. Tq..
RangeBoy
30/08/2010