1 Rubel Duit Syiling Soviet Union
Ini adalah duit syiling pada zaman Soviet Union sebelum berpecah. Dicetak pada 9 Mac 1965, pada mulanya saya tidak tahu nilai tertera pada duit ini, bahkan orang yang jual pada saya pun tidak tahu nilainya. Setelah saya membuat kajian, akhirnya saya dapat tahu yang nilai terteranya adalah 1 Rubel. Nilai semasa dianggarkan bernilai RM20 – RM40 sahaja.





